Hebahan

Kena ‘Alert’, Ini Enam Kategori Pelajar Dibenarkan Kembali Ke Kampus Mulai 1 Mac

1.1K
SHARES

Jika sebelum ini, bukan sahaja sesi persekolahan murid-murid yang tertangguh, malah sesi pembelajaran pelajar di institusi pengajian tinggi juga turut ditangguh. Namu, terbaharu Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan enam kategori pelajar institusi pendidikan tinggi dibenarkan ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac ini bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.

ENAM KATEGORI PELAJAR YANG BOLEH PULANG KE KAMPUS

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan perkara itu dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan beberapa sesi libat urus, kajian dan tinjauan yang dijalankan dengan pihak berkepentingan.

Kategori 1: Adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas;

Kategori 2:  Membabitkan pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.

Kategori 3 : Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

Kategori 4: Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.

Kategori 5 : Pelajar Berkeperluan Khas (OKU);

Kategori 6: Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

“KPT prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19,” katanya kenyataan itu.

PELAJAR TIDAK TERLIBAT TERUSKAN BELAJAR SECARA ONLINE

Dalam perkembangan sama, KPT memaklumkan pelaksanaan PdP secara hibrid dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Menurutnya, pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian.

Mengulas lanjut, KPT menegaskan pihaknya mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar, pihak pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Kementerian Kesihatan (KKM), pakar kesihatan dan MKN berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal.

Selain itu, kajian dan tinjauan dibuat oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi (PdP) diadakan secara dalam talian. Berhubung pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, pelajar dari dua negeri itu diwajibkan untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 yang akan dibiayai oleh KKM.

Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan bergerak ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak. Sementara itu, pelajar berkeperluan dari Sabah dan Sarawak, akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala COVID-19.

Selain itu, bagi IPT di sabah dan Sarawak pelajar IPT disaran merujuk kepada SOP Kerajaan Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa.

Pihak IPT juga boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi sedia ada yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×