Famili

Peluang Terbaik! Jom Menangi RM5,000 Dengan Kongsi Kisah Impian Anda, Menerusi #ProjekMimpi

46
SHARES
kempen projek mimpi

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa itu Projek Mimpi? Seiringan dengan tahun baharu 2024 yang akan menjelang tidak lama lagi, kempen Projek Mimpi merupakan projek khas anjuran editorial Sirap Limau yang bertujuan untuk menjadi platform anda berkongsi cita-cita, impian dan keinginan yang belum tercapai.

Baca juga: 3 Sebab Kenapa Kena Tengok CIK LANG SWE Di Tonton!

KEMPEN PROJEK MIMPI

kempen projek mimpi

Gambar: Penerbit Video Sirap Limau, Rusul Ismail (kiri), Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group, Noraniza Azmi (tengah) dan Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin.

Kongsi Impian Anda dan Berpeluang Menangi RM 5,000 Menerusi Projek Mimpi Anjuran Sirap Limau  

Kempen yang akan berlangsung daripada 15 November 2023 sehingga 15 Januari 2024 ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000 untuk seorang pemenang yang akan dipilih menerusi 3 fasa pertandingan.

Menurut Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group, Noraniza Azmi, berkata tahun baharu harus dimulakan dengan perkara positif yang sekaligus bakal memberi semangat untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.

“Oleh itu, kami ingin memulakan tahun 2024 ini dengan mengumpulkan azam dan cita-cita rakyat Malaysia menerusi Projek Mimpi. Perkongsian ini juga sekali gus diharap dapat memberi dorongan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai dengan usaha yang tekad dan berterusan”.

Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin menyifatkan kempen ini juga sebagai satu tanggungjawab sosial dengan membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira status, darjat mahupun pangkat.

“Fokus kami adalah untuk memperkasakan aspirasi dan hasrat setiap individu tidak kira impian berbentuk peribadi mahupun membantu orang lain bagi menaikkan semangat mereka”.

“Selain itu, ini adalah satu usaha juga untuk memenuhi impian orang ramai yang mungkin kurang berkemampuan dari segi kewangan dan sebagainya,” katanya.

Penerbit Video Sirap Limau, Rusul Ismail, berkata pihak editorial akan membawakan kandungan berkaitan Projek Mimpi menerusi artikel dan video di platform seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.

“Ini adalah wadah berkesan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa banyak impian dan keinginan individu yang tidak didendangkan. Sekali gus, kami ingin menarik orang ramai untuk tahu bahawa Sirap Limau membawakan konsep bacaan kekeluargaan”, ujarnya.

Laman Sesawang Khas Kempen ‘Projek Mimpi’

kempen projek mimpi

Bagi memudahkan penyertaan Kempen Projek Mimpi, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan menerusi laman sesawang eksklusif Projek Mimpi iaitu https://siraplimau.com/projekmimpi/ .

Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh membaca artikel berserta dengan video-video menarik menerusi laman sesawang tersebut. Maklumat lanjut mengenai fasa pertandingan Projek Mimpi adalah seperti di bawah:

1. Fasa 1 ( 15 November sehingga 30 November 2023)

  • Kongsi impian dan harapan anda menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Sirap Limau yang akan dimuat naik pada 15 November ini.

2. Fasa 2 (1 December sehingga 31 December 2023)

  • Sirap Limau akan menyenarai pendek impian 10 individu yang terpilih dan finalis perlu memuat naik video pendek berkisarkan kisah dan impian mereka di laman media sosial. Video perlulah berdurasi sekurang-kurangnya satu minit.
  • Pemenang akan diadili menerusi jumlah interaksi video dan kreativiti peserta.

3. Fasa 3 ( 1 Januari – 15 Januari 2024)

  • Seorang pemenang akan diumumkan di media sosial SirapLimau pada 1 Januari 2024.

VIDEO PROMO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×