Euforia Bola 2026
Famili

Next Stop: Kerjaya! – Kempen Inspirasi Dari Sirap Limau Untuk Bina Masa Depan Anda Bermula 1 Julai Ini!

nextstopkerjaya

Sirap Limau kini memperkenalkan satu kempen yang cukup bermakna dan penuh impak, NextStopKerjaya iaitu sebuah kempen inspirasi nasional yang bakal menemani anda dari stesen ‘keliru’ ke destinasi ‘yakin’ dalam perjalanan kerjaya.

Dengan tagline “Cipta Jalan, Bina Masa Depan”, Next Stop: Kerjaya! bukan sekadar perkongsian motivasi, tetapi peta panduan buat anda yang sedang mencari makna sebenar kerjaya yang sesuai dengan jiwa, bukan semata-mata bergantung pada slip keputusan.

Baca lagi: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

Kenapa NextStopKerjaya Lain Dari Yang Lain?

NextStopKerjaya

Kempen yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025 ini menyasarkan calon SPM, lepasan sekolah, graduan, pencari kerja serta orang awam. Apa yang lainnya adalah:

1. Fokus kepada kerjaya yang inklusif & realistik

Kempen ini membuka ruang kepada semua termasuk golongan OKU untuk mengenali kerjaya yang sesuai tanpa diskriminasi. Ia juga memberi kesedaran tentang penipuan pekerjaan, satu isu yang semakin membelenggu ramai pencari kerja masa kini.

2. Input daripada pakar sebenar

Laman web khas Next Stop: Kerjaya! akan memuat naik artikel, infografik dan video inspirasi bersama pakar industri, tokoh masyarakat dan figura ternama supaya anda tak perlu lagi ‘Google tanpa arah’.

 3. Kolaborasi besar dengan nama-nama dipercayai

Sirap Limau turut bekerjasama dengan Coursera, Jobstreet dan beberapa lagi organisasi profesional demi memastikan kandungan yang anda terima relevan dan praktikal.

Dibahagikan Kepada Fasa & Misi!

NextStopKerjaya

  • Pit Stop Kerjaya

Fasa pertama ini memberi tumpuan kepada kandungan dalaman seperti terbitan artikel dan kandungan video temubual bersama individu yang memberi inspirasi dan ‘vox pop’ dari masyarakat berkenaan dengan laluan kerjaya mereka untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada penjelajah kerjaya.

Menariknya, ada juga episod podcast khas berjudul ‘Realiti’ yang menampilkan tokoh forensik terkenal berkongsi kisah dari kampung hingga ke kaca TV dunia!

  • Destinasi SPM

Kembali memberi semangat kepada calon SPM 2025 melalui hantaran Facebook. Orang ramai dijemput berkongsi kisah dan tip persiapan SPM dan ya, komen anda mungkin terpilih untuk diterbitkan di portal rasmi Sirap Limau, siap dengan hadiah saguhati eksklusif.

  • Cerita SPM Kita – Kemuncak Yang Menyatukan Semua

Seterusnya, program bual bicara istimewa ‘Cerita SPM Kita’ akan berlangsung pada 20 Ogos 2025, dihoskan oleh Muaz Mohamed (Penyampai Radio KOOL 101).

Antara tetamu khas:

– Pelajar cemerlang SPM 2024
– Personaliti TV popular
– Ahli politik terkemuka negara

Bakal disiarkan secara langsung di TikTok Sirap Limau dan disaksikan oleh kira-kira 50 calon SPM yang dijemput khas ke Media Prima.

  • Booth-activation anjuran TalentLabs

Bagi aktiviti terakhir di dalam kempen ini, Sirap Limau bakal menyertai ‘booth-activation’ di Pameran Kerjaya 2025 yang dianjurkan TalentLabs pada 23 dan 24 Ogos nanti untuk bersama-sama dengan penjelajah kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk berhubung, belajar dan melangkah ke masa depan yang lebih cerah!

Oleh itu, Sirap Limau menyeru semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang kisah mengenai kerjaya yang anda pilih, jalan yang anda tempuhi dan pengajaran yang anda bawa. Kerana setiap pengalaman, baik manis, pahit atau penuh liku, mampu menjadi cahaya kepada orang lain yang sedang mencari arah.

Layari sekarang di siraplimau.com/nextstopkerjaya dan ikuti kemas kini di semua media sosial rasmi Facebook, Instagram, TikTok dan X.

*Next Stop: Kerjaya! Bukan sekadar kempen, ini langkah pertama menuju masa depan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×