Euforia Bola 2026
Famili

Kempen Next Stop: Kerjaya! Labuhkan Tirai, Kupas Isu Dunia Pekerjaan & Beri Inspirasi!

2
SHARES
kempen next stop kerjaya

Sirap Limau dengan bangganya telah melaksanakan kempen Next Stop Kerjaya! yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025, bagi menyokong masyarakat umum dalam meneroka dan membina laluan kerjaya masing-masing.

Kempen ini telah menyasarkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sekolah, graduan serta orang awam bagi membantu mereka mengenal pasti kerjaya yang selari dengan minat, kebolehan dan aspirasi tanpa menjadikan keputusan akademik sebagai penghalang utama.

Baca juga: Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!

KEMPEN NEXT STOP KERJAYA: TAMAT DENGAN JAYANYA, TARIK PERHATIAN KONGSI INSPIRASI

kempen next stop kerjaya

Selain memberi inspirasi, kempen ini turut mengetengahkan isu-isu penting berkaitan kerjaya inklusif untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta kesedaran terhadap penipuan pekerjaan, satu isu yang kian membimbangkan dalam dunia pekerjaan masa kini.

Sebuah laman web khas kempen telah dibangunkan dan berjaya mencapai sasaran dengan mencatat lebih daripada 50,000 pelawat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Kempen Next Stop: Kerjaya! turut menampilkan episod podcast REALITI khas berjudul ‘Pendedahan Kes Berprofil Tinggi Negara’ di saluran YouTube Sirap Limau.

Di mana, temu bual eksklusif bersama Bekas Pakar Forensik Perubatan Negara, Datuk Dr Mohd Shah bin Mahmood, yang berkongsi pengalamannya mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi negara seperti arwah Nurin Jazlin, tragedi Maahad Tahfiz terbakar, kes arwah Muhammad Adib dan insiden mengejutkan negara iaitu MH17 dan MH370.

Program khas: bual bicara ‘Cerita SPM Kita’ curi tumpuan ramai

kempen next stop kerjaya

Kemuncak kepada kempen ini adalah program bual bicara bertemakan ‘Cerita SPM Kita’ yang telah berlangsung pada 20 Ogos 2025, dikendalikan oleh penyampai radio KOOL 101, Muaz Mohamed.

Antara panel jemputan istimewa:

  • Datuk Aznil Hj Nawawi – Personaliti TV Popular
  • YB Syed Saddiq – Ahli Politik
  • Rawdhah Hassan – Pelajar cemerlang 12A+ SPM 2024 & Hafizah Al-Quran

Mereka telah berkongsi kisah suka duka zaman persekolahan serta perjalanan hidup yang membawa kepada kejayaan dalam bidang masing-masing kepada pelajar SMI A-Amin Gombak yang hadir seramai 11 murid dan 3 orang guru.

Program ini disiarkan secara langsung di TikTok Sirap Limau, yang mencatat 13,000 tontonan, 134 pengikut baharu dan 208 komen langsung daripada penonton.

Sirap Limau turut ingin merakamkan penghargaan kepada enam penaja utama yang telah menjayakan program bual bicara ini:

  • Beautea – Menyumbangkan 70 air minuman
  • Secret Recipe – Menaja 2 dulang brownies
  • Eco Shop – Menyediakan 74 unit bag goodie
  • Kiddocare – Menaja 62 unit bag goodie
  • Small Changes Malaysia – Memberikan bag goodie untuk 60 hadirin
  • USAHANITA Negeri Johor – Menyumbang bag goodie untuk 60 hadirin

kempen next stop kerjaya

Walaupun kempen ini telah melabuhkan tirainya, perjalanan kerjaya setiap individu masih berterusan. Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada perubahan besar dalam landskap kerjaya generasi akan datang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×