Kini Trending

Kempen HOTFM Roda & Ringgit Temui Pendengar Bertuah, Menang Perodua Myvi!

2
SHARES

Sebelum ini, Hot FM telah melancarkan kempen Roda & Ringgit buat pendengar setia mereka. Jadi, pada 25 September yang lalu, Hot FM telah berjaya menemui pemenang dan tahniah diucapkan buat pendengar bertuah Divagaar a/l Siva dari Klang yang telah berjaya memenangi sebuah kereta Myvi pada cabutan kedua kunci Hot FM Roda & Ringgit.

52 ORANG PENDENGAR BERJAYA KE GRAND FINALE HOT FM

Seramai 52 orang pendengar telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit namun yang layak ke peringkat akhir hanyalah seramai 10 orang pendengar saja. Menurut Ketua Pengawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, beliau mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan berharap agar pendengar terus menyokong Hot FM.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar yang telah menyertai Hot FM Roda & Ringgit dan tahniah kepada pendengar yang terpilih kerana berjaya memenangi sebahagian daripada RM10,000 dan pemenang utama Divagaar a/l Siva yang telah berjaya memenangi sebuah kereta Myvi. 

Kami berharap para pendengar akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan Hot FM selepas ini. Juga, pastikan anda muat turun aplikasi Audio+ untuk peluang menang hadiah menarik di kempen akan datang di Hot FM bermula 27 September ini.” jelasnya.

KEMPEN KEDUA, HOT KOTAK XIOMI

Jangan bersedih kalau anda terlepas kempen Roda & Ringgit kerana bermula 27 September hingga 15 Oktober Hot FM akan mulakan kempen kedua iaitu Hot FM Kotak Xiomi kerjasama Xiomi Malaysia.

Pendengar yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan menarik daripada Xiaomi Malaysia dan sebahagian daripada RM60,000.

Langkah-langkah untuk menyertai:

  • Mengikuti IG Live @hotfm976 untuk dapatkan kata laluan yang akan diberikan oleh penyampai Hot FM.
  • Pendengar juga boleh mengetahui barangan apa yang akan diberikan ketika sesi IG Live berkenaan.
  • Isyarat memanggil akan dikeluarkan dan pemanggil terpantas yang berjaya memberikan kata laluan akan memenangi barangan Xiaomi berkenaan.

Sebanyak RM1,000 tambahan akan diberikan kepada pendengar yang berjaya memberikan kata laluan yang terdapat di aplikasi Audio+. Jadi, pendengar boleh memuat turun aplikasi Audio+ dan menjadi sebahagian daripada komuniti kami untuk peluang memenangi sebahagian daripada RM60,000.

Pendengar juga boleh bersiap sedia dengan mendengar Hot FM untuk berpeluang menyertai Hot FM Kotak Xiaomi setiap Isnin hingga Jumaat di Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi – 10 pagi), Playlist Hangat, Zetty (10 pagi – 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang – 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam – 12 tengah malam)

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×