Hebahan

Kementerian Cadang Cuti Bersalin Sektor Swasta Dinaikkan Ke 98 Hari

2.2K
SHARES

Berita baik buat semua pekerja sektor swasta di Malaysia dimana Kementerian Sumber Manusia mencadangkan jumlah cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari. Ini berikutan dengan usul yang dibentangkan ketika Bajet 2018 dimana pekerja sektor swasta menikmati cuti bersalin selama 90 hari.

MASIH IKUT 90 HARI

Buat masa ini majikan hanya ‘digalakkan’ untuk mengikuti pengumuman Bajet 2018 untuk menaikkan cuti bersalin bagi sektor swasta kepada 90 hari.

Merujuk kepada 38 hari tambahan cuti bersalin, majikan akan menanggung kos elaun bersalin selama 19 hari manakala baki 19 hari adalah cuti tanpa gaji. Untuk pengetahuan anda, dalam sektor perkhidmatan awam, pekerja wanita layak mendapat 90 hari cuti bersalin.

“Salah satu langkah penting yang diambil oleh kementerian untuk meneliti cadangan pembaharuan adalah meningkatkan jumlah cuti bersalin dari 60 kepada 98 hari, bersamaan dengan 14 minggu, di bawah Akta Kerja,” menurut kementerian itu.

MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN KABINET

Langkah terbaharu daripada kementerian itu selepas laporan Bank Dunia berjudul “Memecah Halangan: Ke Arah ­Peluang Ekonomi Yang Lebih Baik Buat Wanita di Malaysia” yang dikeluarkan pada 27 September yang menyoroti kesukaran yang dihadapi oleh wanita di pasaran buruh.

“Selain itu, turut dicadangkan adalah majikan tidak boleh menamatkan khidmat pekerja yang hamil melainkan majikan dapat membuktikan bahawa penamatan khidmat tersebut bukan disebabkan kehamilan,” katanya.

Cadangan pindaan kepada undang-undang mesti terlebih dahulu diserahkan untuk kelulusan Kabinet dan buat masa ini belum ada tarikh yang diberikan untuk Kabinet memutuskan perkara tersebut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×