Famili

Kembara Komuniti Masjid Papar 6 Kisah Unggul Masjid Dalam Negara Yang Ramai Tak Tahu.

1
SHARES

Negara kita merupakan salah satu negara yang terkenal dengan rekaan dan seni bina masjid yang cukup mempesonakan.

Bukan itu sahaja, setiap masjid memiliki kisah dan ceritanya yang tersendiri.

Kali ini Kembara Komuniti Masjid (KKM) bersama Raz, telah berkunjung ke 6 masjid terpilih untuk menyingkap sejarah disebalik pembinaannya.

1. Masjid Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Krdit: penang-traveltips.com

Berusia 130 tahun, sejarah awal Masjid Jamek Teluk Bahang bermula pada tahun 1894 sebelum dipindahkan ke lokasi semasa.

Masjid yang dibina di atas tanah wakaf seluas 9 ekar ini menempatkan kubur salah seorang pewakaf tanah sebagi tanda penghargaan.

Walaupun, telah menjalani proses ubahsuai beberapa kali, binaan empat tiang utama yang menampung bumbung masjid masih dikekalkan sehingga ke hari ini.

Selain berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti setempat, Masjid Jamek Teluk Bahang turut menganjurkan beberapa kelas seperti kelas mengaji dewasa dan kanak-kanak, kelas memasak, serta kelas tambahan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memperkasakan masyarakat sekeliling.

2. Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Kedah.

Kredit: flickr

Dibina pada tahun 1982, masjid ini siap dibina pada suku ketiga tahun 1983 dan kemudiannya

Masjid yang terkenal dengan berbentuk bunga raya dengan 13 kelopak yang mewakili 13 negeri di Malaysia pada ketika itu merupakan salah satu binaan kubah ikonik masjid yang ada di negara kita.

Mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat, pihak pengurusan disini amat mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan mengadakan pelbagai aktiviti secara percuma.

Antara aktiviti yang dianjurkan disini termasuklah senaman masjid (senaman taichi, senamrobik dan chair robik) pada setiap hari Isnin dan Rabu.

Melibatkan tenaga pengajar berbangsa Cina, inisiatif ini membentuk persepsi positif bahawa masjid boleh dikunjungi oleh segenap masyarakat.

Bukan itu sahaja, masjid turut bekerjasama dengan Rumah Panahan Srikandi dan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Taman Uda untuk menyediakan tempat latihan bagi program memanah dan latihan silat yang diadakan.

3. Masjid As-Syakirin, Merlimau, Melaka.

Di bina lebih 160 tahun lalu, masjid yang menggabungkan seni bina purba Cina dan ukiran kayu Islam, ini dikaitkan dengan kisah lagenda mengenai nenek Aisyah yang dikatakan telah membina tiang seri masjid ini.

Pembinaan awal masjid ini pula dipercayai hanya menggunakan campuran kapur, putih telur dan tanah liat.

Masjid ini memiliki bumbung 3 tingkat bercirikan Dinasti Ming yang membawa maksud islam, ihsan dan iman.

Selain itu, 5 tiang yang mengukuhkan binaan bumbung pula melambangkan 5 rukun islam.

Disamping itu, mimbar disini masih mengekalkan bentuk asal dimana khatib naik melalui tengah mimbar sesuai dengan sunnah nabi.

Di masjid ini, majlis ilmu diadakan 18 kali seminggu  termasuklah kelas mengaji Al-Quran, tazkirah, kuliah maghrib, kuliah subuh dan banyak lagi.

Pada pagi Jumaat kariah akan bergotong-royong membersihkan masjid dan melakukan ziarah kasih dimana kariah masjid akan menyantuni mereka yang memerlukan sambil mengadakan bacaan doa selamat dan tahlil ringkas.

4. Masjid Jamek Tanah Datar, Negeri Sembilan.

Terletak berdekatan Gunung Datuk, masjid bertemakan warna coklat, putih dan biru ini pasti mencuri perhatian anda kerana memiliki dua binaan masjid, baru dan lama.

Masjid Jamek Tanah Datar merupakan salah satu masjid tertua di Negeri Sembilan dengan usia 124 tahun.

Pada asalnya, masjid lama dibina dengan sumbangan orang kampung secara bergotong royong dengan ciri-ciri adat perpatih.

Disebabkan saiznya yang kecil dan semakin usang, binaan masjid baru dilakukan sesuai dengan peningkatan masyarakat setempat.

Di masjid ini, kuliah subuh dan maghrib diadakan hampir setiap hari.

Kelas mengaji pula dibahagikan kepada kelas biasa, kelas tajwid dan diadakan 3 kali seminggu khusus buat kaum wanita.

Bukan itu sahaja, kariah masjid di sini turut memiliki kumpulan marhaban wanitanya sendiri.

5. Masjid Jamek Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.

Terletak di Teluk Intan, Perak, Masjid Jamek Kampung Batak Rabit terkenal dengan pelbagai aktiviti komuniti.

Masjid wakaf berwarisan ini dah berusia lebih 140 tahun,

Dahulunya tapak masjid lama terletak bersebelahan dengan makam keluarga Laksamana Raja Mahkota, seorang pembesar melayu Kesultanan Perak sebelum diroboh dan dibakar oleh pihak British ketika Perang Perak, 1875.

7 tahun kemudian masjid baru dibina dan menggabungkan ciri melayu nusantara dan Eropah.

Tiang konkrit dibina dan 4 lagi tiang kayu bercirikan Masjid Demak Indonesia digunakan untuk menyokong atap tumpang (3 tingkat).

Antara warisan lain yang menarik di sini termasuk kerentok kayu yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menyampaikan perkhabaran masuknya waktu solat, kematian dan waktu berbuka puasa.

Disini kuliah agama diadakan dari semasa ke semasa. Kumpulan marhaban wanita mereka juga aktif menerima undangan

Kelas pengurusan jenazah turut diadakan 2 bulan sekali untuk mendedahkan kariah masjid tentang cara pengurusan jenazah yang betul.

6. Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kredit: NRY Architects

Bermula sebagai sebuah madrasah kecil yang dibina berdekatan Kelab Sultan Sulaiman, masjid yang berusia lebih 1 abad ini, menyimpan 1001 cerita.

Asalnya pada tahun 1930, seorang dermawan dari Melaka telah mewakafkan tanah seluas 4 lot untuk pembinaan masjid.

Seiring perkembangan setempat dan bertambahnya penduduk, Masjid Jamek Kampung Baru, dibina atas permintaan masyarakat yang mahukan masjid kekal

Siap dibina pada tahun 1957,  nasjid ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini turut menawarkan pelbagai program keagamaan dan pendidikan, termasuk kelas hafazan Al-Quran, kelas tuisyen percuma dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan dana dermasiswa untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2022 sebuah pusat tahfiz telah ditubuhkan. Kini, pusat ini memiliki 15 pelajar yang dibimbing oleh dua orang ustaz, dan dua daripada mereka sudah pun bergelar hufaz.

Kalau anda nak tahu, masjid ini juga terkenal dengan bubur lambuknya yang sedap. Walau bagaimanapun, menu ini hanya ada pada bulan Ramadan sahaja.

Aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong telah menjadi satu rutin dan ianya dilihat sebagai salah satu aktiviti yang menguatkan lagi ukhuwah dan silaturahim dikalangan AJK masjid dan penduduk setempat.

Kembara Komuniti Masjid bukti komitmen McDonald’s Malaysia terhadap komuniti.

Untuk pengetahuan anda semua, KKM merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan McDonald’s Malaysia.

Program ini diwujudkan bertujuan untuk menyingkap sejarah dan peranan disebalik pembinaan masjid sebagai sebuah pusat kemasyarakatan.

Semoga dengan adanya program seumpama ini nilai murni dapat disebarkan, diperkukuhkan dan dalam masa yang sama kita dapat ilmu baru mengenai sejarah masjid yang KKM dah kunjungi.

Kredit Harian Metro (NSTP/Danial Saad)

Komited menyokong pelbagai program kemasyarakatan, McDonald’s Malaysia memberikan komitmen penuh bagi menjayakan inisiatif  masjid untuk memperkukuhkan komuniti setempat.

Sepanjang program KKM, McDonalds Malaysia telah menyampaikan sumbangan wang tunai, menaik taraf peralatan pembelajaran seperti kerusi dan meja, menyediakan gerobok rezeki dan menyediakan ratusan kotak rezeki untuk diedarkan kepada golongan kurang berkemampuan termasuk asnaf dan mualaf.

McDonald’s juga aktif melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan perkuburan bagi menjayakan KKM.

Kredit Harian Metro (NSTP/Danial Saad)

Sebagai syarikat 100% milik Islam dan tempatan, McDonald’s melaksanakan lebih 19,000 program kemasyarakatan setiap tahun di bawah Program Komuniti McDonald’s & RMHC untuk membawa keceriaan, mencipta detik-detik indah dan  dalam masa yang sama memberi manfaat kepada komuniti.

Antara inisiatif McDonald’s Malaysia kepada komuniti Islam termasuklah sumbangan moreh di masjid pada bulan Ramadan, bantuan untuk anak-anak yatim, pemberian minuman pada Solat Jumaat, menyambut Aidilfitri bersama komuniti, dan menyumbang lembu korban pada Hari Raya Aidiladha.

Apa yang pasti, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program Kembara Komuniti Masjid pada setiap Selasa, jam 9.50 malam di TV3, atau melalui YouTube Harian Metro dan TikTok OHBULAN!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×