Pantang

Kembali Seperti ‘Anak Dara’ Selepas Bersalin, Rupanya Kena Amalkan Teh Halba Ini!

3.6K
SHARES

Nak cantik, bukan sahaja cantik di luaran sahaja betul tak? Mestilah nak cantik secara dalaman juga. Kalau macam tu, apa kata cuba amalkan teh herba yang bukan sahaja untuk cantik, tapi banyak lagi khasiat untuk orang dewasa dan kanak-kanak! Macam mana nak buat? Jom ikut cara ini!

www.wanista.com

TEH HALBA UNTUK CANTIK DALAMAN DAN LUARAN.

Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum. Yang asyik pm tanya macam mana nak buat teh halba tu inilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.

www.facebook.com/groups

1- Halba satu sudu kecil
2- Air segelas
3- Madu satu sudu besar (boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Saya tak jumpa pula sudu plastik saya pagi tadi. 
4- Limau kasturi (option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.

Cara-caranya, rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Antara khasiat teh halba adalah :

1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.

2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.

3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Dalam perubatan China membuktikan kenyataan ini. 

4- Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.

5- Merawat masalah sembelit & buasir.

http://diyarbakiryenigun.com/

6- Melancarkan perjalanan darah.

7- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).

8- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.

9- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.

10- Mengetatkan & meremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. 

http://www.medicalnewstoday.com/

11- Menghilangkan lendir & sakit tekak.

12- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.

13- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.

www.kidsinadelaide.com.au

14- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.

Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba. 

* Wanita mengandung tak boleh minum. Tunggu lepas bersalin dulu. Bagus diminum dalam pantang, cuma jangan letak limau. Just halba dan madu.

Sumber: Sumaiyah Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×