Hebahan

Kembali Dengan Konsep Baharu, Karnival Jom Heboh 2020 Bakal Temui Anda Melalui Kaca TV

4
SHARES

Antara acara atau karnival yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, adalah Karnival Jom Heboh yang menghimpunkan barisan selebriti Malaysia. Sudah bertapak lebih dari 18 tahun, penganjuran karnival ini pastinya akan berbeza dari tahun-tahun lepas kerana rakyat Malaysia masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.

Namun, berita baik untuk anda semua kerana dalam situasi kita berhadapan dengan pandemik, Karnival Jom Heboh 2020 bersama McDelivery akan dianjurkan secara ‘virtual’ buat julung kalinya!

APA YANG MEMBEZAKAN JOM HEBOH DAHULU & JOM HEBOH SEKARANG?

Apa yang membezakan Karnival Jom Heboh dahulu dan Karnival Jom Heboh Di Rumah adalah, kali ini penonton dapat merasai kehangatan karnival meriah secara selamat iaitu menerusi kaca televisyen di rumah. Walaupun hanya dengan berada di rumah, penonton dapat meluangkan masa dengan membeli-belah dan menonton persembahan artis yang hadir sama macam ketika anda berada di karnival!

Jom Heboh Di Rumah bersama McDelivery ini akan berlangsung dan disiarkan di TV9 dan juga secara live menerusi laman web Jom Heboh Di Rumah selama dua hari iaitu pada Sabtu, 29 Ogos 2020 dan Ahad, 30 Ogos 2020. Menyahut seruan kerajaan untuk Stay At Home dan #KitaJagaKita, karnival berkonsepkan virtual ini pastinya membawa kelainan dalam keadaan norma baharu.

Paling ditunggu-tunggu adalah barisan selebriti yang akan hadir bagi memeriahkan Jom Heboh Di Rumah adalah Hael Husaini, Naim Daniel, Syafiq Kyle, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Mesti tak sabar nak tunggu persembahan dari artis kegemaran anda bukan?

Ada apa selain artis datang buat persembahan dalam Jom Heboh Di Rumah ni?

Karnival Jom Heboh kembali guys !! Tapi kali ni special kita akan buat #JomHebohDiRumah !So nantikan 29 & 30 Ogos 2020…

Posted by TV9 Di Hatiku on Wednesday, August 19, 2020

Bukan itu sahaja, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Karnival Jom Heboh kali ini akan termasuk dalam Penyertaan Malaysia Book of Record, dimana sambutan countdown Merdeka secara virtual buat julung kalinya. Pastinya lebih menyeronokkan adalah, para penonton berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis hadiah menarik sepanjang karnival berlangsung sehinggalah boleh menang Proton X70! Bukan itu sahaja, anda juga membeli-belah sambil menderma kepada Tabung Pahlawan ATM.

Siapa yang tidak suka apabila selebriti mengadakan jualan kan? Karnival kali ini akan menghadirkan selebiti secara maya iaitu menerusi lama web Jom Heboh, dimana jualan barangan secara ‘auction’ akan dilakukan. Tidak dilupakan juga bila sudah ada karnival secara virtual, pastinya ada permainan game secara virtual dimana penonton boleh cuba menyertai MGO Lunchtime Cup. Yang best sekali adalah anda berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM 500 sehari.

*Memang banyak hadiah-hadiah percuma dan hadiah menarik seperti:

1. Proton X70

2. Baucer dan cash McDonalds berjumlah RM20,000

3. Huawei Watch Fit

4. 2 million BIG Poin dari AirAsia

5. Setahun supply produk dari Tealive

6. Baucar bernilai RM 10,000 dari CJ Wow Shop

7. Tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast

8. Tiket masuk ke Paya Indah Discovery Wetlands

9. 500 kotak ‘drip bag coffee’ dari Coffex Coffee

Jadi jom kita tunggu di rumah hujung minggu ini untuk menonton Karnival Jom Heboh di Rumah dan juga menerusi siaran live di website https://www.jomheboh.com.my/  ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×