Rakyat

Keluarga Besar Akan Diberi Pengecualian Pemasangan ‘Carseat’ Mengikut Bilangan Anak

660
SHARES

“Anak ramai takkan nak kena beli MPV semata-mata nak pasang carseat.”

Ini antara keluhan dan komen yang ramai suarakan sejak peraturan penggunaan carseat diumumkan mulai 1 Januari 2020 nanti.

Dalam pada itu, garis panduan yang menyatakan kanak-kanak dengan ketinggian 135cm ke bawah memerlukan penggunaan carseat turut mendapat perhatian.

 

Kerajaan Menyedari & Memahami Kebimbangan Ibu Bapa

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan bahawa kerajaan menyedari dan memahami kebimbangan ibu bapa terhadap penguatkuasaan penggunaan CRS itu.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 28 November 2019, beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada keluarga yang mempunyai bilangan ramai anak kecil sehingga tiada ruang mencukupi bagi memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan mereka.

“Kita sedar keluarga yang ada ramai anak dan tempat duduk tidak boleh memuatkan empat atau lima kerusi dalam kereta. Jadi keluarga besar akan diberi pengecualian sekiranya dalam sebuah kenderaan tersebut tidak membolehkan CRS dipasang dalam bilangan mengikut jumlah anak. Kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini,” ujar beliau semasa menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu kerajaan mempertimbangkan penguatkuasaan CSR kepada keluarga mempunyai ramai anak serta kenderaan yang kecil.

 

Had Ketinggian 135cm Yang Ditetapkan Adalah Mengikut Spesifikasi

Tambah beliau, justifikasi kerajaan mewajibkan semua kanak-kanak yang ketinggiannya bawah 135 sentimeter (cm) supaya menggunakan CRS adalah kerana CRS direka khas untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak kerana mereka mempunyai tubuh badan yang masih di peringkat tumbesaran dengan struktur tulang yang masih belum matang.

Berbanding tali pinggang keledar, penggunaan CRS akan membolehkan tubuh badan kanak-kanak menahan daya hentaman daripada impak kemalangan dengan lebih sempurna berbanding sekiranya hanya menggunakan tali pinggang keledar sahaja.

“Had ketinggian 135cm dinyatakan dalam peraturan CRS kerana bagi kanak-kanak yang melebihi ketinggian ini mereka telah mempunyai saiz tubuh badan yang lebih sesuai untuk menggunakan tali pinggang keledar biasa yang sedia ada dalam keadaan selamat.

“Ini kerana tali pinggang keledar tiga point dalam kenderaan adalah direka untuk penumpang dewasa dengan ketinggian 135 cm ke atas,” kata beliau lagi.

Proses Pendidikan & Kesedaran Ditekankan

Tindakan penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kereta persendirian berkuatkuasa 1 Jan hadapan dilakukan dengan mengambil pendekatan pendidikan dan nasihat serta bukannya tindakan keras terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan itu.

Sebelum ini, kerajaan juga pernah menyatakan kelonggaran di mana dalam 6 bulan pertama penguatkuasaan mulai 1 Januari nanti, ibu bapa akan diberi amaran dan bukannya disaman terus.

Yang lebih penting, undang-undang ini bukanlah bertujuan membebankan, malah sebaliknya mendidik ibu bapa agar memahami kepentingan carseat ini kepada anak masing-masing.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×