Famili

Ingat Senang Jadi Kidal? 7 Situasi ‘Annoying’ Ini Hanya Orang Kidal Yang Faham

15.6K
SHARES
fakta kidal

Orang kidal selalu dikaitkan dengan kebijaksanaan, keunikan dan berbakat besar. Namun, sebenarnya orang kidal mengalami kesukaran dalam pekerjaan harian kerana kebanyakan barang lebih cenderung dicipta untuk orang bertangan kanan.

Bagi mereka yang bertangan kanan, anda mungkin merasakan semua situasi di bawah ini sebagai satu perkara biasa, tapi tahukah anda bahawa ia menjadi satu cabaran (dan mungkin fobia) buat mereka yang kidal!

Nak tahu apa dia 9 situasi itu? Jom skrol ke bawah.

7 Situasi ‘Annoying’ Ini Hanya Orang Kidal Faham

1. Kerusi Ini

Kebanyakan kita mesti pernah tengok jenis kerusi dengan meja lipat yang macam dalam gambar di bawah ini kan?

Walaupun ia dicipta untuk memudahkan susunan ruang atau menjimatkan penggunaan meja, ia adalah satu bentuk ‘penyeksaan’ bagi mereka yang menulis dengan tangan kiri. Mana nak letak siku kalau macam ni?

Memang boleh sakit belakang dan pinggang kalau seharian kena duduk di kelas guna kerusi ni. Tak pasal-pasal boleh senget tulisan tau!

2. Tulis Nota

Bagi yang kena salin nota panjang setiap kali kuliah, ianya juga satu bentuk cabaran sebab tangan akan tertindih dengan nota yang dah ditulis. Memang kena sediakan tisu siap-siap. Kalau tak, boleh comot satu buku.

3. Buku Jenis Spiral Bound

Bila nak tulis sesuatu di buku nota pun, memang seboleh-bolehnya nak elak guna buku yang berspring di tepi. Haa, tahu tak kenapa?

Sebabnya, bila nak mula perkataan pertama, tangan akan tertindih di atas spring. Stresnya hanya orang kidal sajalah yang faham…

4. Aktiviti Menggunting 

Bila guna gunting, secara automatiknya orang kidal terpaksa masukkan ibu jari dalam lubang yang besar, manakala lagi 2 jari tersepit pada lubang yang kecil.

Kalau setakat nak gunting 1 benda saja, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau ada aktiviti yang melibatkan penggunaan gunting, contohnya kena buat kraftangan atau apa-apa projek kelas, boleh melecet jugalah jari bila guna gunting lama-lama. Aduhai.

Foto Kredit: health.com

5. Pembuka Tin

Sama juga seperti gunting, bukan mudah nak buka tin menggunakan can opener kalau anda seorang kidal.

Rasa nak tergeliat pula tangan bila dipusingkannya. Bila berjaya tu, rasa nak melompat kegembiraan sambil ucap tahniah pada diri sendiri.

Foto Kredit: diply.com

6. Pakai Kerongsang 

Bagi orang perempuan pula, anda mesti faham situasi bila nak mengenakan kerongsang. Pakai-pakai, jadi terbalik. Contohnya kalau kerongsang bentuk rama-rama. Sesungutnya jadi ke bawah sebab pinnya susah nak diketipkan macam biasa.

Jadi, lain kali kena beringat untuk beli pin yang universal sikit. Bentuk bulat atau bunga yang tak kisah mana atas bawahnya.

Foto Kredit: lelong.my

7. Suap Makanan

Disebabkan tangan kiri adalah tangan yang dominan, kadang-kadang terlupa nak suap atau pegang makanan dengan tangan kanan. Terutamanya makanan jenis snek seperti burger atau aiskrim.

Jadi selalulah kena tegur atau kecam sebab orang nampak kita makan dengan tangan kiri. Bukannya sengaja, tapi kadang-kadang dah sibuk sangat memang tak ingat. Bagi yang tak biasa, mungkin nak pakai sudu pun terasa kekok pada awalnya.

The Struggle Is Real

Walaupun nampak macam perkara remeh, tapi inilah antara cabaran harian yang dialami oleh orang kidal. Mereka ini terpaksa membiasakan diri untuk tinggal dalam dunia orang bertangan kanan yang lebih dominan.

Kalau nak sesuatu yang khas untuk digunakan oleh orang bertangan kiri, memang kena tempah khas. Contohnya gitar. Kosnya pula jangan cakaplah. Memang mahal!

Walau apapun, mungkin disebabkan cabaran itulah orang bertangan kiri sering dikatakan unik dan berbakat besar. Tengok sajalah apa yang mereka perlu hadapi setiap hari. Betul tak?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×