Famili

Anak Sulung Perempuan Selalu Jadi ‘High Achiever’. Rupanya Ini Sebabnya

299
SHARES

Adakah anda anak sulung dan juga seorang perempuan? Jika ya, besar kemungkinan anda tergolong dalam kategori wanita paling berpengaruh di dunia.

Menurut sebuah kajian oleh Universiti Essex, anak sulung perempuan memperlihatkan kecenderungan paling tinggi untuk menjadi seorang yang paling ‘berjaya’ dalam sebuah keluarga. Angka menunjukkan mereka ini 13% lebih bercita-cita tinggi berbanding anak sulung lelaki.

5 Sebab Anak Sulung Perempuan Selalu Jadi ‘High Achiever’

1. Ia Dibuktikan Oleh Kajian

Dalam banyak kajian, kebijaksanaan adalah antara trait atau personaliti yang sering dikaitkan dengan anak sulung. Malah, penyelidik mendapati bahawa anak sulung (tidak kiralah lelaki atau perempuan) adalah 16% lebih cenderung memiliki kelayakan yang cemerlang dalam bidang akademik berbanding adik-beradik yang lain.

Sebagai tambahan, anak perempuan sulung didapati 4% lebih cemerlang berbanding anak lelaki sulung.

tips anak yang bijak

Foto Kredit: leiturainfantil.com.br

2. Stail Didikan Ibu Bapa

Faktor ini turut didorong oleh sikap ibu bapa yang lebih ‘perfectionist’ dalam mendidik anak ketika awal usia perkahwinan mereka.

Yang dah ada anak 2-3 orang mesti faham kan betapa kita lebih ‘skema’ atau mengikut pantang larang masa besarkan anak pertama.

(Contohnya bila bab makan nak kena homemade, lagi bagus kalau organik. Permainan pula kebanyakan jenis educational. Baju pun semua yang branded.) Tapi bila masuk anak kedua, biasanya ibu ayah dah lebih relaks dan dah beri banyak kelonggaran terhadap pelbagai faktor.

Pendek kata, ibu ayah secara semulajadinya mempunyai lebih masa dan perhatian untuk anak sulung.

3. Terdorong Oleh Tekanan

Secara semulajadinya, anak sulung juga biasanya merasai tekanan kerana ingin menjadi contoh terbaik pada adik-adik yang lain.

Maka, ia antara faktor yang menjadikan anak sulung perempuan seorang yang ambitious dan lebih bercita-cita tinggi.

Sifat seorang perempuan yang sensitif dan empati menjadikan mereka berusaha keras demi mencapai keputusan yang terbaik bagi membanggakan ibu bapa.

Foto Kredit: propertyduo.com

4. Inspirasi Wanita Berpengaruh

Forbes menyenaraikan JK Rowling, Beyonce, Angela Merkel, Hillary Clinton, Oprah Winfrey adalah antara nama besar wanita berpengaruh dan juga merupakan anak sulung.

Bukan setakat itu saja, lebih separuh daripada penerima anugerah Nobel dan Presiden Amerika Syarikat juga adalah anak sulung tau!

Oprah Winfrey. / Foto Kredit: J. Countess/Getty Images)

Setiap Anak Punya Potensi

Untuk mencapai kejayaan tahap ini, tentunya mereka memerlukan lebih daripada kebijaksanaan dan pendidikan.

Apapun, setiap anak itu tentunya punya kelebihan masing-masing. Yang penting, ibu ayah kenalah peka dan memaksimakan potensi mereka sebaik mungkin!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×