Dapur

Kekal Sihat Dengan 5 Jenis Menu Salad Yang Pasti Memberikan Kelainan, Nampak Sedap!

490
SHARES

“Bosan lah setiap kali nak diet je kena makan salad yang tak sedap…”

Pemakanan yang sihat dan berkhasiat adlaah penting dalam kehidupan seharian. Namun, bila bercakap tentang makanan sihat sahaja, mesti ramai yang akan tertumpu kepada menu-menu makanan yang tidak sedap. Janganlah begitu kerana, makanan sihat ini sangat fleksibel untuk diolah dan dipelbagaikan. Oleh itu, kami senaraikan 5 jenis resipi salad yang tidak membosankan untuk panduan anda yang nak berdiet tu!

1. Salad Ayam Bakar

Buat penggemar salad, pasti anda akan menggemari salad bersama ayam bakar yang sangat ‘juicy’ ini. Ayam yang sudah diperap dan dibakar ini pasti akan memberikan rasa yang enak berbanding salad yang biasa. Tak bosan lah kalau makan salad setiap hari kan?

Salad Ayam Bakar : http://myresipi.com/recipes/salad-ayam-bakar

2. Salad Betik Dan Udang

Siapa pernah makan somtam? Somtam adalah makanan Thailand yang popular dimana menggunakan betik sebagai fokus utama. Selain somtam yang dikenali sebagai kerabu ini juga boleh dijadikan salad. Bukan itu sahaja, salad betik ini juga sangat sesuai digandingkan bersama udang dan tambah cili potong. Barulah sedap!

Resipi salad betik dan udang : http://myresipi.com/recipes/salad-betik-udang

3. Salad Tauhu

Buat anda yang merupakan vegetarian, sesuai sangat kalau buat salas tauhu ini sebagai pengganti nasi. Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya ini memang mempunyai khasiat yang tinggi dan juga mengenyangkan. Selain menggunakan tauhu, anda juga boleh tambah tomato dan timun sebagai gandingan kepada tauhu.

Resipi salad tauhu : http://myresipi.com/recipes/salad-tauhu

4. Salad Tuna

Salad tauna ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang nak diet, malah salad ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sarapan untuk anak-anak. Jangan ingat tuna dalam tin tu tak boleh dipelbagaikan menjadi menu yang lain kerana salad tuna ini pasti akan membangkitkan selera anda walaupun hanya makan salad. Rasa macam ala-ala makanan Thai!

Resipi salad tuna : http://myresipi.com/recipes/salad-tuna

5. Salad Salmon

Ini sudah pasti menjadi kegemaran bagi anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Sudah diketahui ramai, salmon merupakan jenis ikan yang mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi dan sangat sesuai untuk anda yang nak diet. Bila dah dijadikan sebagai salad bersama sayur-sayuran tu, makin berkhasiatlah hidangan ini.

Resipi Salad Salmon : http://myresipi.com/recipes/salad-salmon

Sumber : MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×