Rakyat

Kedai Hardware Dibenar Buka Setiap Isnin & Khamis Sepanjang PKP Fasa 2

128
SHARES

Selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa perkhidmatan dan perniagaan dibenarkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sebuah kenyataan oleh Berita Harian, Majlis Keselamatan Negara telah memberi kebenaran kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti kedai perkakasan yang menjual baja dan alat pertukangan dua hari seminggu akan membolehkan masyarakat memanfaatkan aktiviti produktif bersama keluarga di rumah.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid, kebenaran sedemikian akan menggalakkan orang awam di daerah itu mematuhi arahan dengan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Ini adalah kelonggaran bagi orang awam mendapatkan apa juga keperluan di kedai berkenaan supaya dapat menjalankan aktiviti di rumah.

Perkhidmatan atau perniagaan yang dibenarkan ialah

  • Kedai Baja / Racun
  • Kedai Perkakasan (hardware)
  • Kedai Menjual Makanan Haiwan
  • Kedai Menjual Alat Ganti Kenderaan

Mohamad Zain A Hamid berkata, semua perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi itu akan bermula hari ini (6 April 2020).

“Hari yang dibenarkan operasi ialah pada hari Isnin dan Khamis iaitu 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan semasa dan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan semasa pengoperasian seperti memakai penutup mulut dan hidung, menyediakan pencuci tangan dan langkah penjarakan sosial,” katanya.

 

*Sumber : Berita Harian, Majlis Bandaraya Shah Alam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×