Sihat

Jangan Main-Main, Ini Sebab Teknik Urutan Leher Tukang Gunting Rambut Undang Bahaya

134
SHARES

Seringkali kita melihat golongan lelaki gemar berkunjung untuk mendapatkan potongan rambu di kedai barber. Bukan sahaja mudah mendapatkan potongan rambut idaman dengan harga yang berpatutan, servis urutan leher dari tukang gunting juga memainkan peranan yang penting untuk ‘me-lakukan’ bisnes.

Namun, ramai yang masih tidak peka dengan teknik urutan leher yang diberikan saman ada ia selamat atau tidak. Memang selepas sesi urutan tersebut anda akan merasa ringan kepala tetapi ada kesan sampingan yang anda mungkin tidak tahu. Ada juga kes yang berlaku apabila seorang lelaki mengadu sesak nafas dan perlu dikejarkan ke hospital selepas menerima servis urut leher dari tukang gunting. Bahaya!

SESAK NAFAS SELEPAS DAPAT URUTAN ‘CRAKKK’

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya. Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” . Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan. Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

BUKAN PERKARA MAIN-MAIN, BOLEH SEBABKAN KECEDERAAN LAIN

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain. Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok. Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN. Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Sumber : Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×