Hebahan

Kecapi Kecantikan Sempurna dengan DECORTÉ Whitelogist

1
SHARES

DECORTE Whitelogist Whitening Duo_BM

Baru-baru ini, jenama DECORTÉ memperkenalkan produk pencerah kembar di bawah rangkaian Whitelogist yang bertindak bersama untuk memberi kesan pencerahan yang unggul pada kulit. Whitelogist MX menembusi jauh ke dalam kulit untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam dan tona kulit tidak sekata, Whitelogist Stick Serum serba baru pula sasar pada liver spots dengan ‘mematikan’ aktiviti melanin yang menyebabkan bintik-bintik tersebut.

 

Formula tiga langkah DECORTÉ Whitelogist

Whitelogist 3 steps mechanism_BM

Produk kembar yang memberi kecantikan, bebas bintik, dalam tiga langkah:

 

(1) Ionsome W, kapsul penghantar hasil daripada phospholipid dan lesitin bunga matahari, menambah kelembutan kulit di samping memberikan manfaat pencerahan. Ia menembusi lapisan kulit yang menebal, melembutkan kulit untuk membuka jalan bagi bahan-bahan pencerahan aktif yang disusuli kemudian.

(2) m-Closer, bahan kompleks unik yang mengandungi tiga ekstrak herba Oriental: akar Sacra Rhodiola, daun Angustifolia Echinacea dan kon Pinus Sylvestris, menyekat dan melegakan melanosit yang terlalu aktif dalam kulit. Melanosit yang terlalu aktif sering melanjutkan dendrit di belakang bintik-bintik gelap untuk menghantar sejumlah besar melanin ke epidermis. m-Closer ‘menutup’ pengeluaran melanosit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit, terutamanya bagi jenis kulit yang cenderung menghasilkan sejumlah besar melanin walaupun dengan rangsangan yang sedikit.

 

(3) Kojic Acid EW bekerja keras untuk menghentikan pengeluaran melanin sebelum ia bermula, dengan mensasarkan pada melanosit secara langsung. Molekul kecil yang berkesan bertindak pada bintik-bintik gelap yang sukar untuk dihapuskan.

The making of kojic acid

Asid Kojic adalah bahan semula jadi yang diekstrak daripada koji, agen penapaian popular yang digunakan dalam membuat sake Jepun, kicap dan miso. Asid Kojic ditemui kira-kira 100 tahun lalu, tetapi sifat-sifat pencerahannya yang luar biasa menjadi terkenal di dunia dalam tahun 1970-an selepas penemuan bahawa pekerja-pekerja yang bekerja di kilang penapaian sake dan miso mempunyai tangan yang cerah. Asid Kojic digunakan dalam produk penjagaan kulit DECORTÉ yang ditulenkan ke tahap yang setinggi mungkin menggunakan proses bioteknologi (penapaian).

 

DECORTÉ Whitelogist MX

DECORTE Whitelogist MX

Whitelogist MX adalah serum pencerahan yang menyegarkan, menembusi jauh ke dalam kulit untuk melawan melanosit, mencegah pembentukan bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata, yang akhirnya membawa kepada pembentukan liver spots. Sapukan serum serba mewah ini pada permukaan kulit untuk membolehkannya menyerap sepenuhnya sebelum menggunakan Whitelogist Stick Serum. Kulit akan tampil cantik berseri; sungguh menakjubkan.

Rahsia Whitelogist MX terletak pada Asid Kojic, yang dipilih kerana kesannya yang selamat dan dipercayai. Selama lebih 20 tahun, Asid Kojic telah digunakan sebagai ramuan pencerahan aktif dalam produk DECORTÉ, menjadikannya ramuan paling laris untuk tempoh yang kian lama, digemari dan dipilih oleh berjuta-juta pelanggan.

 

Hasilnya – kesan pencerahan unggul dan segera, serta kulit yang lebih sihat dan lebih lembut.

 

Jangan biarkan liver spots mendedahkan usia anda

Adalah dikatakan bahawa liver spots mendedahkan usia anda. Juga dikenali sebagai tompok penuaan, bintik-bintik ini adalah akibat pigmen gelap di dalam kulit yang berlaku disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan. Penuaan kulit, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain bentuk pendedahan UV boleh menyumbang kepada pengeluaran melanin dan pembentukan liver spots.

 

Pigmen di lapisan atas kulit (epidermis) dipanggil melanin. Ia memberi warna semula jadi kulit anda, tetapi pendedahan kepada matahari selama bertahun-tahun boleh menyebabkan pengeluaran melanin yang banyak secara berumpun, yang timbul pada kulit kita seperti bintik-bintik gelap. Itulah sebabnya apabila kita semakin berusia, bintik-bintik ini menjadi lebih ketara di tempat-tempat yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, seperti bahu, bahagian atas belakang, lengan, belakang tangan, dan yang paling terdedah, muka anda.

Sebagai contoh, bayangkan pisang ranum dengan kulitnya dipenuhi dengan bintik-bintik hitam. Bintik-bintik hitam ini disebabkan oleh pengoksidaan, dan begitu jugalah dengan kulit kita. Badan kita mempunyai fungsi anti-oksida semula jadi, tetapi fungsi ini berkurangan akibat stres atau penuaan. Hasilnya, kulit kita secara beransur-ansur lemah kerana proses oksida, menyebabkan tompok-tompok dan bintik-bintik gelap muncul pada permukaan.

 

Apakah yang berlaku jauh pada liver spots?

Melanin dihasilkan dalam kumpulan sel khas dikenali sebagai melanosit. Tyrosinase mengawal pengeluaran melanin – lebih banyak enzim tyrosinase, lebih banyak aktiviti berlebihan di dalam melanosit.

 

Berita baiknya adalah, badan kita juga menghasilkan satu lagi enzim yang dipanggil proteasomes, yang mengehadkan jumlah tyrosinase dengan memecahkannya. Walau bagaimanapun, apabila aktiviti proteasome tidak mencukupi, nisbah tyrosinase meningkat, menyebabkan liver spots menjadi lebih gelap. Ini bermakna terdapat pengeluaran melanin yang aktif.

 

Untuk melawan liver spots, adalah penting untuk mencapai dua perkara pada masa yang sama: menghalang pengeluaran melanin dengan bahan-bahan pencerah, dan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk kulit yang cantik melalui anti-pengoksidaan.

 

DECORTÉ Whitelogist Stick Serum SERBA BAHARU

DECORTE Whitelogist Stick Serum_Open

Whitelogist Stick Serum serba baharu adalah inovasi terkini DECORTÉ dalam bentuk batang, untuk mencerahkan liver spots dengan berkesan. Apabila digunakan, ia melekat pada kulit seperti mask untuk terus memberikan formula pencerahan intensif ke kawasan yang disasarkan.

 

Produk ini mengorak langkah dalam teknologi pencerahan. Batang boleh berpusing ini membolehkan serum diguna dengan lancar serta tepat tanpa rasa melekit. Selain Asid Kojic, gabungan bahan antioksidan pencerah seperti Astaxanthin dan Vitamin C menggalakkan kulit supaya menjadi cerah dan cantik. Botanical Squalane pula bertindak sebagai pelembap, melembutkan kulit yang cenderung menjadi tegang akibat pendedahan UV. Satu demi satu, melanosit dirangsang untuk menghalang aktiviti enzim tyrosinase. Liver spots semakin kurang dengan ketara dan pada masa yang sama, pengeluaran di tempat baharu juga dihentikan.

 

DECORTÉ Whitelogist Stick Serum juga menampilkan aroma segar bunga-bungaan eksklusif dan halus yang terdapat dalam seluruh rangkaian penjagaan kulit Whitelogist.

 

Cara penggunaan:

Pada setiap pagi dan petang, sapukan pada kulit yang telah dibersihkan selepas menggunakan losen muka. Untuk kesan pencerahan yang unggul, sapukan DECORTÉ Whitelogist MX pada kulit dan pastikan ia diserap sepenuhnya sebelum menyapu Whitelogist Stick Serum. Keluarkan kira-kira 5mm produk dari tiub dan sapu terus pada bintik-bintik gelap dan jeragat dalam gerakan berpusing. Ikuti dengan rutin penjagaan kulit anda yang sedia ada.

 

DECORTÉ Whitelogist Stick Serum (RM330 / 4g) dan Whitelogist MX (RM583 / 40ml) boleh didapati di semua kaunter DECORTÉ di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cosmedecorte.com.my/ atau ikuti DECORTÉ di Facebook di https://www.facebook.com/cosmedecortemalaysia.

 

Berkenaan DECORTÉ

Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh peneraju kosmetik dan penjagaan kulit Jepun KOSÉ, DECORTÉ ialah rangkaian kosmetik premium yang menggabungkan kemajuan dermatologi terkini dengan teknologi inovatif. Namanya adalah gabungan dua perkataan Perancis: ‘cosmetique’ dan ‘decoration’, secara tepatnya melambangkan matlamatnya untuk menyediakan kosmetik yang berkualiti tinggi dan layanan kelas pertama untuk wanita di seluruh dunia yang mahukan keanggunan.

Boleh dikatakan bahawa DECORTÉ sentiasa mendahului masa, walaupun pada tahun 1970-an, dengan kedudukan premiumnya yang meletakkan jenama ini berasing daripada semua jenama kosmetik lain. Pada tahun 1992, Moisture Liposome DECORTÉ menjadi produk pertama di dunia kosmetik untuk menggabungkan penggunaan pelbagai lapisan liposom, teknologi penghantaran yang sangat maju. Sejak itu, lebih daripada 3 juta botol telah dijual. DECORTÉ juga dikenali kerana kerjasamanya dengan pereka yang terkenal di dunia, Marcel Wanders, yang mengetuai jenama ini sebagai pengarah seni. Hasil kerja beliau boleh dilihat dalam koleksi penjagaan kulit AQ MW, serta dalam reka bentuk yang menghiasi barangan edisi terhad kegemaran para pengumpul.

DECORTÉ akan terus berkembang dengan wanita hari ini dalam usaha berterusan untuk keanggunan abadi dan kecantikan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.cosmedecorte.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×