Asuh

Rupanya Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir, Ini Teknik Grounding Di Malaysia Menurut Pakar

3
SHARES

Grounding ialah apabila badan anda bersentuhan secara langsung dengan bumi (tanah) tanpa sebarang benda/lapisan seperti kasut, stoking, permaidani untuk mengembalikan keseimbangan elektrik semulajadi badan dan meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan emosi.

Sirap Limau menemubual Dr Lee Pei Yin, Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Wanita & Kanak-kanak Andorra untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik ini.

BANYAK KEBAIKAN UNTUK KANAK-KANAK , LIBAT 5 DERIA DI BADAN

Grounding ini adalah senaman yang melibatkan deria melalui teknik sentuhan, pendengaran, penglihatan, rasa serta bau yang akan membantu mengawal semula pemikiran dan tindak balas fizikal.

@mysiraplimau

Pernah dengar tak apa itu grounding or earthing? #siraplimau #pesanciksirap #fypviral #fypシ゚viral #masukberandafyp

♬ original sound – Sirap Limau Official – Sirap Limau Official

Disebabkan grounding melibatkan penggunaan seluruh badan, ia boleh meningkatkan imunisasi , mengurangkan radang,  meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fungsi kognitif, mengurang tekanan dan mengawal emosi kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti grounding, mereka akan terdedah secara tidak langsung kepada matahari yang membantu menyerap vitamin D. Tambahan pula, teknik grounding juga mampu merapatkan perhubungan satu keluarga.

Baca juga : Ajak Anak Buat Teknik ‘Grounding’ Pijak Tanah Berkaki Ayam, Banyak Manfaat!

SEMUDAH BERMAIN DI LUAR TANPA KASUT!

Tiada aktiviti yang paling bagus, cara yang betul atau salah untuk grounding, asalkan  semuanya berfungsi untuk melibatkan sentuhan fizikal terus dengan permukaan bumi, seperti aktiviti semudah bermain di luar tanpa kasut.

Grounding boleh bermula seawal umur bayi baru lahir, sebagai contoh membawa keluar ke ruang selamat di luar dan biarkan mereka berbaring di atas tanah. Jika ibu bapa kurang selesa meletakkan bayi mereka di atas tanah, mereka juga boleh praktik grounding dengan sentuhan kulit ke kulit (meriba) dengan ibubapanya melakukan grounding.

Luangkan masa dengan anak di pantai, dan lakukan aktiviti grounding seperti “sandplay”

Aktiviti lain yang boleh diperkenalkan ialah bermain dengan rumput, pasir atau tanah, bermain di pantai dengan air dan pasir, mendaki bukit, berkebun serta berkhemah.

GROUNDING DI MALAYSIA , CUACA PANAS & ELAK RISIKO ANAK TERCEDERA

Grounding bermaksud kanak-kanak akan didedahkan kepada persekitaran semulajadi dimana cuaca tidak boleh diramalkan. Cuaca di Malaysia seperti panas atau sejuk yang melampau boleh memberi cabaran kepada kanak-kanak untuk bermain di luar tanpa alas kaki. Jangan risau ikuti langkah ini supaya anak boleh bermain dengan selamat :

  • Jadualkan waktu bermain di luar pada awal pagi atau petang, untuk elak cuaca terlalu panas.
  • Penjaga boleh mencari lokasi yang teduh, dan sentiasa waspada dengan tanda-tanda ketidakselesaan anak.

Bawa bekalan air minuman semasa aktiviti grounding bersama anak

  • Kekalkan hidrasi anak-anak dengan memberi minuman yang cukup
  • Cari lokasi yang bersih dan selamat, kerana grounding memerlukan kanak-kanak tidak memakai alas kaki. Pantai berpasir, sungai dan taman permainan yang diselenggara baik sesuai untuk aktiviti grounding.
  • Sentiasa awasi anak-anak untuk elak perkara seperti alahan (kepada tumbuhan/rumput)
  • Sentiasa memeriksa kaki anak-anak supaya tiada kecederaan atau jangkitan sebelum dan selepas bermain.

Sumber : Dr Lee Pei Yin, Hospital Wanita & Kanak-kanak Andorra

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×