Deko & Hias

Tak Payah Bazir Duit, Ini Cara Buat Baja Kulit Telur (Dan 5 Lagi Kelebihannya Untuk Tanaman)

176
SHARES

“Baguslah buat baja organik, boleh suburkan tanaman, bebas bahan kimia. Tengok macam simple betul cara buat baja kulit telur. Nak cubalah!”

Bagi yang minat berkebun di rumah, lepas ni bolehlah kita simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.

Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman.

Menurut ahli botani, tumbuhan seperti tomato, lada dan terung khususnya amat sukakan baja kulit telur ini.

Selain itu, brokoli, bayam dan kebanyakan tanaman lain juga dapat memanfaatkan kalsium tambahan melalui baja kulit telur.

pokok halau nyamuk

5 Kelebihan & Kebaikan Baja Kulit Telur Untuk Tanaman

Antara kelebihan baja kulit telur adalah:

  1. Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  2. Kalsium penting untuk membina “tulang” yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  3. Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  4. Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot (*rujuk gambar).
  5. Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang
    tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
baja kulit telur

Contoh blossom-end rot pada buah tomato. / Foto Kredit: gardenersworld.com

Wah, ada banyak kelebihan baja kulit telur kan?

Jom kita tengok cara buat baja kulit telur untuk tanaman yang dikongsikan oleh Angah Dira di bawah ini.

Cara Buat Baja Kulit Telur

Assalamualaikum..

Di sini saya nak kongsi sedikit ilmu.

Nampak tak kulit telur di dalam gambar di bawah?

Selepas kita guna telur, kulitnya kita boleh buat baja tau.

Jangan terus buang kulitnya kerana kulit telur boleh dijadikan baja organik / baja buatan kita sendiri.

Tak perlu buang duit beli baja di kedai kerana kita boleh kitar semula bahan-bahan yang berada di rumah saja.

Kebaikannya elok untuk kesuburan pada pokok dan pokok kita jadi lebih sihat..Ya..Sebagai baja..!

Ada juga yang kata ia boleh jadi penyembuh dari hama tanah.

Apapun, baja kulit telur ni memang jimat dan mudah je nak buat.

Ikuti langkah-langkah cara membuat baja di bawah ya kawan-kawan..

1. Simpan Kulit Telur

Selepas kita gunakan telur, kita kumpulkan kulit telur dalam satu bekas / tempat.

Ini kulit telur yang saya dah kumpulkan ya kawan-kawan.

Cara buat baja kulit telur

2. Ramas & Hancurkan

Kita ramas-ramaskan kulit telor seperti di dalam gambar ini ya kawan-kawan.

Ramas sehingga hancur ya seperti di dalam gambar ini.

Cara buat baja kulit telur

3. Sangai

Selepas di ramas-ramas, masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.

Kita sangai (goreng tanpa minyak) ya.

Kebaikan baja kulit telur

4. Kisar

Selepas di goreng, kisar sehingga halus.

Kut-kut kalau ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur ni, petuanya kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam.

In sha allah… Akan hilang bau pada blender.

Kebaikan baja kulit telur

5. Tabur & Gembur

Taburkan pada pokok seperti di dalam gambar ni.

Kebaikan kulit telur untuk tanaman

Selepas di taburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah.

Dan siram pokok tersebut.

Manfaat kulit telur untuk tanaman

Siap dah baja kulit telur.

Mudah kan?

Lepas ni jangan buang kulit telur yang dah dipakai tu tau. Boleh kita manfaatkan untuk tanaman dan tengoklah hasilnya nanti.

Selamat mencuba ya kawan-kawan.

*Cara buat baja kulit telur ini dikongsikan oleh Angah Dira menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×