Musim PKPP ni mungkin kita dah tak selalu bawa anak keluar disebabkan SOP yang ditetapkan.
Namun kami tertarik dengan sebuah perkongsian aktiviti menarik yang ibu ayah boleh lakukan bersama anak-anak walaupun dalam tempoh PKPP yang dilanjutkan hingga 31 Disember ini iaitu…
KIDS FRIENDLY KARAOKE ROOM!
Ya, karaoke ini versi mesra famili dan direka khas agar dapat disesuaikan untuk ibu ayah yang membawa anak-anak.
Jom kita tengok perkongsian oleh Puan Yaya Elias menerusi Facebook yang telah berkunjung ke Karaoke Manekineko di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Memang menarik dan unik!
Jom kita ikuti perkongsian pengalaman beliau selanjutnya menerusi artikel ini.
Karaoke Manekineko, Karaoke Mesra Kanak-kanak Yang Berbaloi Mak Ayah Pergi
Semalam ada yang share pasal Karaoke Manekineko ni.
Malamnya saya pun terus cari info dan tanya anak sulung, sama ada dia nak pergi ke tak.
Dia kata jommm.
Cakap awal-awal dan tanya dengan dia supaya dia boleh bersedia mental fizikal awal dan siap siaga jaga adik-adik. Hiks.
Rupanya ada banyak cawangan Karaoke Manekineko ni iaitu di Paradigm Mall PJ, Ekocheras, Sunway Putra dan Sunway Velocity.
Kami pergi yang terdekat di Paradigm Mall.
Lokasi
Alhamdulillah dapat spot parking dan lift terus ke pusat Karaoke. Tak perlu lalu mall. Syukur sangat.
Lokasi parking kami dekat area DD3 di Level B1 kalau korang nak pergi terus ke lokasi Karaoke. Lokasi Lif pulak B13 dan B14.
Kadar Caj Bayaran
Untuk hujung minggu (Public holiday), harga bayaran ialah RM 20 untuk dewasa atau lebih 120cm dan RM 10 untuk kanak-kanak.
Tadi yang kena bayar hanya Hakim dan ibu je. Yeayyy!
Untuk caj yang dikenakan ini, kami dapat 2 jam sesi Karaoke, snek dan 16 jenis air free flow (minumlah sampai lebam).
Jangan risau sebab lapik mikrofon, wet wipes dan sanitizer juga dibekalkan dalam musim PKPP ni.
Kemudahan & Servis
Cakap siap-siap dengan staf dekat sana yang kita nak Kids Room. Kalau kita ambil Kids Room ni, adalah ruangan khas untuk kanak-kanak bermain.
Bukan semua bilik dekat sini ada sediakan Kids Room ya.
Microphone yang dibekalkan pun telah disanitasi. Ada nampak peti sanitasi dia dekat belakang kaunter.
Selain lagu-lagu orang dewasa, lagu kanak-kanak pun ada, contohnya lagu Baby Shark. Cuma tak ade lagu Didi & Friends.
Ada macam-macam tema untuk kanak-kanak, contohnya tema dinosaur ni.
Kalau nak order makanan, ada juga disediakan menu untuk kita order.
Kami kenyang makan snek dan minum air.
Staf di situ semua friendly. Tak berkira langsung.
Danish ada tumpahkan air milo dalam bilik, tapi cepat diorang bersihkan.
Lokasi tandas pun dekat je.
Dapatlah masing-masing bersenam suara dan tenaga dalam bilik karok tu.
Sambil berhibur dapatlah kita beraktiviti dengan anak-anak dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan.
Kami berempat luangkan hampir 4 jam dekat sini. Memang puas hatilah.
Mak-mak yang nak berkaraoke dengan kawan-kawan dan bawa anak kecil pun boleh datang sini. Sambil berborak sambil nyanyi-nyanyi.
Menarik kan? Apapun, ini bukan review berbayar tau!
Kalau rasa nak release stres atau cuba kelainan, bolehlah ibu ayah ajak anak-anak ke Karaoke Manekineko ni.
*Pengalaman ke Karaoke Manekineko ini dikongsikan oleh Puan Yaya Elias menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.