Inspirasi

Kang Gary Akan Muncul Dengan Anaknya Dalam Rancangan ‘Return Of Superman’ Februari Ini

68
SHARES

Selepas mengundur diri daripada rancangan televisyen terkenal ‘Running Man’, rasanya ramai peminat yang merindui kemunculan Kang Gary di skrin.

Bagi peminat Gary, ada berita baik untuk anda!

‘Return of Superman’ telah mengumumkan bahawa rancangan musim terbaru nanti bakal menampilkan Gary dengan anak lelakinya, Kang Ha Oh.

 

‘Return of Superman’ merupakan sebuah rancangan realiti terkenal di Korea yang menampilkan selebriti bersama anak-anak mereka. Selain hiburan, ia juga menyisipkan pelbagai ilmu parenting bagi penonton.

Ini akan menjadi penampilan pertama Gary di televisyen setelah lebih kurang tiga tahun mendiamkan diri dari media dan menumpukan perhatian terhadap keluarga barunya.

 

Dalam rancangan tersebut, Gary akan menunjukkan sisi baru dirinya sebagai ayah kepada anak lelakinya, Kang Ha Oh, yang berusia 26 bulan.

Si kecil ini dikatakan yang menyukai muzik dan petah bercakap! Mesti ramai tak sabar nak tengok keletahnya kan?

Episod pertama Gary dan Kang Ha Oh akan disiarkan pada tayangan perdana ‘Return Of Superman’ pada bulan Februari ini.

Jadi, jangan lupa tengok tau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×