Rakyat

Kanak-Kanak Usia Tujuh Tahun Cedera Gara-Gara Dicucuk Wanita Kurang Siuman

25
SHARES

Sejak kebelakangan ini, banyak kisah yang melibatkan kecederaan kanak-kanak berlaku. Bukan sahaja dari segi penderaan malah ada sahaja kes yang membabitkan kanak-kanak secara tiba-tiba. Ini juga termasuk kes terbaharu apabila seorang kanak-kanak cedera gara-gara dicucuk dengan garpu!

KANAK-KANAK DICEDERAKAN, DICUCUK GUNA GARPU

Kes terbaharu di Johor Bharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita kurang siuman menggunakan garpu di Taman Mount Austin semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku kra-kira jam 8 pagi itu, kanak-kanak terbabit dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu susulan laporan dibuat bapa mangsa. Semasa berada Taman Mount Austin, pengadu memaklumkan bahawa anak perempuannya berumur tujuh tahun didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.

DAH CUCUK, KEMUDIAN LARIKAN DIRI

Lebih mengejutkan adalah wanita itu sudah cucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian, suspek melarikan diri.

Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras. Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadi, mak ayah pastikan anak-anak tidak berada di kawasan yang kurang selamat ya kerana khuatir akan berlaku situasi seperti ini.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×