Famili

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Mesin Basuh, Kesian Tapi Lucu!

11
SHARES

Sudah pasti semasa kita melalui proses membesar dan mendewasakan diri, banyak memori-memori kenakalan semasa zaman kecil. Ada yang jatuh panjat pokok, terkunci dalam tandas dan sebagainya. Tetapi berbeza pula dengan kanak-kanak di Jakarta ini apabila dia terperangkap dalam mesin basuh! Macam mana boleh masuk dalam mesin basuh?

Baca juga: Bomba Pasang Didi & Friends, Lekakan Mangsa Kaki Tersangkut Lubang Tandas

TERPERANGKAP DALAM MESIN BASUH, KESIAN TAPI LUCU!

Di Jakarta, seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas dia terperangkap di dalam mesin basuh di rumahnya. Berdasarkan hantaran yang dibuat dalam Twitter, seorang pengguna dengan nama @babychifuyu yang merupakan kakak mangsa memberitahu dia tidak menyedari adiknya masuk ke dalam mesin basuh tersebut.

Kakak mangsa juga sempat memuat naik video menunjukkan adiknya menangis di dalam mesin terbabit.

“Saya tengah melihat telefon bimbit dan tiba-tiba terdengar suara jeritan adik di tingkat atas rumah. Saya dan ibu bergegas naik dan melihat adik sudah terperangkap di dalam mesin basuh,” katanya.

Jelas kakak mangsa, dia tidak mengetahui apa motif adiknya masuk ke dalam mesin basuh berkenaan. Video itu juga menunjukkan kakak mangsa cuba mengeluarkan adiknya dengan ibu mereka memberikan arahan sambil merakam video.

Video tersebut menjadi tular dalam media sosial dengan kebanyakannya berasa lucu dengan insiden itu. Ada yang menceritakan mereka juga pernah terperangkap di dalam mesin basuh ketika kecil. Macam-macam gelagat!

Sumber: Utusan Malaysia, Twitter @babychifuyu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×