Famili

Bomba Pasang ‘Didi & Friends’, Lekakan Mangsa Kaki Tersangkut Lubang Tandas

36
SHARES

Sudah diketahui ramai bahawa siri animasi Didi & Friends menjadi kegilaan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga. Yang menariknya, satu kejadian di Pasir Gudang, Johor semalam apabila pasukan bomba menggunakan taktik memasang video animasi ini ketika menyelamatkan seorang kanak-kanak yang kakinya tersangkut di lubang tandas. Terleka sebentar kanak-kanak tersebut.

Artikel berkaitan: Cara Pilih Rancangan TV Yang Sesuai Untuk Anak Dari Umur 0-7 Tahun

PASANG ANIMASI DIDI AND FRIENDS, SELAMATKAN KAKI KANAK-KANAK TERSANGKUT

Di Pasir Gudang, anggota bomba menayangkan animasi ‘Didi & Friends’ menerusi telefon bimbit ketika mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, usaha tersebut membuahkan hasil apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilihat leka ketika kerja-kerja mengeluarkan kakinya yang tersepit sedang dilakukan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.51 malam sebelum lapan anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki termasuk dalam lubang tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.

TEKNIK LEKAKAN KANAK-KANAK MEMBUAHKAN HASIL

Menurut maklumat diberi ibu mangsa, kanak-kanak itu sedang mandi bersama-sama adik beradiknya yang lain sebelum kaki mangsa termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak berpenutup.

Katanya, bagi melekakan dan menenangkan kanak-kanak itu, anggota bomba membuka rancangan animasi ‘Didi & Friends’ semasa kerja-kerja memecah simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian bawah bagi memotong saluran paip menggunakan peralatan khas.

Iszahwati berkata, kerja-kerja menyelamatkan kanak-kanak itu mengambil masa selama kira-kira 1 jam 20 minit. Mangsa yang berjaya diselamatkan diberi rawatan awal dan mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×