Walaupun baru sahaja berusia tiga tahun, seorang kanak-kanak dari Kapanewon Ponjong, Kabupaten Gunungkidul, Indonesia dilapor mengalami ketagihan untuk merokok. Apa yang lebih merisaukan adalah dia dipercayai akan mengamuk kepada kedua ibu bapanya jika permintaan ‘pelik’ itu tidak dilayan. Macam-macam!
Baca juga: 5 Sebab Anak Boleh Jadi Biadap, Rupanya Mula Dari Mak Ayah Sendiri!
KANAK-KANAK 3 TAHUN KETAGIH ROKOK, MENGAMUK KALAU TAK BAGI!
Menerusi laporan Detik.Com, ibu kepada kanak-kanak ini dikenali sebagai Lisda, 35 menceritakan anaknya mula ketagih rokok berikutan tabiat mengutip puntung rokok yang berada di sekitar rumahnya dan ia bermula beberapa bulan yang lalu.
Awalnya, tiga bulan lalu, dia mengambil puntung rokok itu dan menyalakannya dengan mancis.
Susulan daripada itu, si ibu bertindak menyembunyikan mancis di rumah mereka dan suaminya, Dwi, 36 juga tidak lagi merokok di rumah selepas pulang dari kerja berikutan bimbang rokok tersebut akan diminta oleh anaknya.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini memberitahu bahawa selain meminta rokok kepada suaminya anaknya turut meminta rokok kepada orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah mereka. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan dia terpaksa membeli rokok untuk anaknya.
Orang yang lalu lalang depan rumah pun suka diminta rokok. Jadi panggil nama dia terus tanya rokok. Saya pun malu macam orang mengemis pula, saya beli sebatang di gerai dengan harga Rp 2 ribu (anggaran RM0.59)
TERPAKSA IKUT SEBAB ANAK MERENGEK
Mahu tak mahu wanita ini terpaksa memenuhi permintaan pelik tersebut jika tidak, anaknya akan ‘lemah’ dan hanya boleh bergerak jika sudah merokok.
Disoal mengenai wang yang dihabiskan untuk membeli rokok untuk anaknya wanita ini menjelaskan dia tidak pasti akan jumlah wang yang sudah dihabiskan.
Sebagai solusi akan permasalahan ini, wanita ini cuba menggunakan beberapa taktik supaya anaknya lupa untuk merokok.
Sumber: Detik.com