Semenjak berlangsungnya perintah kawalan, ramai orang menggunakan tempoh ini untuk membuat perkara yang mungkin sebelum ini belum pernah dibuat. Ramai yang semakin kreatif gara-gara disebabkan 24 jam hanya berada di rumah.
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan utama sepanjang tempoh ini adalah aktiviti mengubah suai perhiasan dalaman sebuah rumah. Dari mengecat sehinggalah menukar susun atur perabot, ada sahaja yang berkongsi tentang aktiviti tersebut. Tetapi bagi mereka yang baru belajar untuk mengecat rumah, pasti anda merasakan perkara tersebut bukanlah suatu kerja yang mudah. Selain itu juga ada teknik yang anda perlu tahu sebelum mengecat. Melalu perkongsian Azlan Mohamad di laman Facebooknya, anda boleh ikut teknik mengecat betul yang dikongsi dia.
Teknik Asas Mengecat
Assalamualaikum.. Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yg didambakan.. Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat..sy bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat..
1) Pilih warna-warna pilihan anda.
Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah org lain.. Org lain tau nk kecam, kritik je kan ) . Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda. Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang org lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh sy letak tu..
2) Perlu tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah.
Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab mmg cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yg mulut puaka kata colour tu tak lawa..
3) Cat mempunyai pelbagai gred and pelbagai pilihan
Ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang x berkilat dan kalau x salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak2 conteng..
4) Ada pelbagai jenama seperti Nippon, Jotun, Dulux and pelbagai lagi.
Untuk saya, saya rekemen jotun la sbb sy kerja dgn jotun dulu..haha..tapi realitinya mmg cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..
5) Sealer/Primer (cat alas)
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nnti jadi seperti yg diimpikan atau sama tone seperti dlm catalog yg anda tgk kt kedai masa beli td.. Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…x perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..
6) Kesilapan ramai orang menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.
Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih.. Cat sealer warnanya mmg putih, tapi x seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer xkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna x rata…bertampung-tampung putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja tak perlu cntik2..
7) Selepas cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.
Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke.. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul2 bergaul atau bergelumang sesama sendiri.. ..Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, xperlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hnya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hnya letak sedikit air.. Jgn nk jimat sgt tmbah air banyak nnti colour dh tak cantik, xpekat..
8) Teknik mengecat
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nnti jadilah colour yg kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang cmtu takkan tukang cat mintak upah mahal2..cat pon ade teknik2 dia.. Yg sy tau teknik yg senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu.. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda…. tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitu perasaannya)
Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yg xbetul boleh betulkan.. Sy bg yg basic yg betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat xlawa dan xrata tgk pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya.. Yg penting jgn guna CAT MURAH kalau utk rumah sendiri.. Nk puas hati guna cat yg berkualiti mcm jotun, nippon, deluxe.. Mahal ckit tp mmg berpuas hati..
Sumber : Azlan Mohamad