Tidak kira zaman dahulu atau sekarang sememangnya kita sudah terbiasa dengan situasi apabila pulang sahaja dari sekolah, ibu kita akan pastikan kita membawa pulang kembali bekal makanan yang telah disediakan. Jika anda pernah tertinggal bekas makanan tersebut, maka ‘gelap lah’ hari anda dihujani dengan seribu satu pertanyaan dari si ibu.
Begitu juga dengan perkongsian ayah ini dimana perkongsiannya mendapat perkongsian lebih dari 20 ribu oleh rakan-rakan di laman Facebook. Dia berkongsikan kisah lucu apabila terpaksa patah balik ke sekolah gara-gara anaknya tertinggal botol air di sekolah. Apa yang melucukan adalah dia risau apabila perlu berhadapan dengan ‘amarah’ si isteri jika pulang ke rumah tanpa botol air anak ada di tangan.
“AYAH, BOTOL AIR TERTINGGAL…”
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
BOTOL AIR IBARAT NYAWA, KALAU TIDAK ISTERI MENGAMUK
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih. Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan. Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
DAPAT BANTUAN NETIZEN
Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen yang juga merupakan pengguna laman Facebook turut membantu ayah ini mencari jenis botol yang betul tertinggal di sekolah tersebut. Ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama apabila bekas makanan yang berjenama ditinggalkan oleh si suami pula.
Sumber: Mohd Fadhli Salleh