Hebahan

Kajian Di Malaysia Mendapati Wanita Duduk Lebih Lama Di Meja Mereka Berbanding Lelaki

6
SHARES

Bahagian kedua kaji selidik syarikat nutrisi global Herbalife menunjukkan 90% daripada wanita di Malaysia menghabiskan masa lebih daripada enam jam di meja mereka, berbanding dengan lelaki hanya 80%.

“Kajian ini menunjukkan bahawa pekerja-pekerja di Malaysia mengabaikan senaman disebabkan komitmen kerja,” ujar Sridhar Rajagopalan, pengurus besar Herbalife Malaysia dan Singapura. “Sebagai syarikat nutrisi global, kami ingin membantu orang ramai untuk mengambil langkah terhadap menjalani kesihatan yang lebih sihat, aktif, dan mengurangkan risiko obesiti

infographic-men-women-at-work

Di samping itu, 52% wanita berkata mereka mengambil makan tengah hari di meja dua kali seminggu berbanding lelaki cuma 45%. Kaji selidik ini mendapati bahawa 57% wanita berasa sukar untuk mereka kekal aktif di tempat kerja berbanding 50% lelaki.

Kaji selidik ini dijalankan untuk lebih memahami gaya hidup pekerja sepenuh masa di rantau Asia Pasifik, di mana 500 daripada 5,500 responden adalah rakyat Malaysia.

1Kaji Selidik Herbalife telah dijalankan pada bulan Mac 2016, dengan 5,500 responden berumur 18 tahun ke atas, daripada negara Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, South Korea, Taiwan, Thailand and Vietnam.

Mengenai Herbalife

Herbalife merupakan syarikat nutrisi global yang telah merubah kehidupan orang ramai dengan produk-produk hebat sejak tahun 1980.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×