Rakyat

Ibu Ayah Yang Sokong Wajibkan Vaksin Sila Jawab Kaji Selidik KKM Ini

4.2K
SHARES

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kes polio pertama telah dikesan setelah 27 tahun ianya lenyap di Malaysia.

Ini menimbulkan pelbagai reaksi, terutamanya di kalangan ibu bapa yang risau keadaan anak mereka. Malah, ramai yang mahu kerajaan mewajibkan vaksin demi melindungi anak-anak sebagai langkah meningkatkan ‘herd immunity’ di negara ini.

Kaji Selidik KKM Berkaitan Imunisasi & Isu Polio

Buat pengetahuan ibu ayah semua, dalam sebuah posting terkini di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kaji selidik berkaitan Imunisasi dan isu Polio menggunakan platform Google Forms.

Bagi menjawab 3 soalan ini, mohon kerjasama anda untuk klik pada pautan yang diberikan.

https://forms.gle/wBnKAvcmbGfRpAwk6

https://forms.gle/wBnKAvcmbGfRpAwk6KKM sedang menjalankan kaji selidik berkaitan Imunisasi dan isu Polio menggunakan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, December 11, 2019

Dalam borang tersebut hanya terdapat 3 soalan ringkas berkaitan reaksi ibu ayah tentang kes polio di Malaysia baru-baru ini.

Salah satunya juga adalah berkenaan pandangan ibu bapa tentang perlunya tindakan MEWAJIBKAN vaksin bagi semua kanak-kanak di Malaysia.

Jadi, jangan lupa suarakan pandangan anda di dalam borang kaji selidik ini ya. Setiap orang hanya boleh mengisinya sekali.

Siapa tahu, jika ia mendapat respon positif, mungkin ianya langkah pertama bagi KKM untuk menggubal undang-undang baru mewajibkan vaksin bagi semua kanak-kanak di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, buka link tadi atau terus ke Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di post mereka yang tertera di atas.

Silakan share dan war-warkan juga pada yang lain ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×