Nur

Elak Kahwin Saudara Susuan, Kad My Radha’ah Pertama Kalinya Diperkenalkan

275
SHARES

Selari dengan meningkatnya inisiatif ibu-ibu dalam mengangkat susu ibu sebagai sumber susu terbaik bayi, pencarian ibu susuan semakin diterima dalam masyarakat kita. Dengan kemudahan peralatan seperti pam serta aksesori penyusuan, ibu-ibu kini juga mampu menyimpan stok susu yang banyak hingga ‘trend’ menderma susu ibu kepada tabung hospital mula menjadi popular.

Walaupun ia dilihat sesuatu yang positif, namun ibu-ibu Muslim perlu lebih berhati-hati kerana tak kurang juga yang risau kerana dengan syarat tertentu, ia boleh melibatkan kekeliruan nasab.

Selangor Negeri Pertama Perkenal Kad Ibu-Anak Susuan

Disebabkan hal ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat pertama kalinya memperkenalkan kad My Radha’ah yang dikhaskan buat bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung.

Kad My Radha’ah ini bertujuan merekodkan pendaftaran anak dan ibu susuan supaya anak susuan itu tidak berkahwin dengan saudara sesusuan selain memperkenalkan identiti mereka serta menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah yang sah.

Digunakan Dalam Borang Perkahwinan Untuk Semakan

Kad MyRadha’ah ini boleh digunakan dalam borang perkahwinan sebagai semakan pada masa akan datang.

Langkah ini diharap dapat menjaga dan memelihara nasab atau keturunan daripada berkahwin dengan anak susuan yang dikira sebagai mahram.

Dilaksanakan Atas Saranan Mufti Wilayah Persekutuan

Kad Radha’ah ini merupakan inovasi dan usaha yang diperkenalkan selaras dengan saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri pada 2016.

Sebelum ini, tiada mana-mana agensi kerajaan di Malaysia dan negara lain yang melaksanakan perkhidmatan pendaftaran ibu susuan atau anak susuan.

Cara Memohon Kad My Radha’ah

Bagi ibu susuan yang mahu mendaftarkan diri dan anak susuan, berikut adalah caranya.

1. Borang permohonan Pendaftaran Kad MyRadha’ah boleh diperolehi di setiap Pejabat Agama Islam Daerah atau Bahagian Undang-undang Keluarga, Jais.

2. Borang permohonan Pendaftaran My Radha’ah hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Jais.

3. Pemohon akan diberikan khidmat nasihat Radha’ah secara ringkas (jika perlu) oleh pegawai bertugas menggunakan senarai semak yang disediakan.

4. Pemohon atau wakil hendaklah mengesahkan akuan penerimaan Kad MyRadha’ah.

*Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×