Famili

Jururawat Sarat Hamil 7 Bulan Meninggal Akibat Covid-19

121
SHARES

Sejak kebelakangan ini seringkali kita dengar di paparan berita bahawa ramai dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah dijangkiti wabak Covid-19 ini. Hal ini kerana, tugas mereka perlu berdepan dengan risiko bukan sahaja keadaan sekeliling malah berdepan dengan pesakit Covid-19 itu sendiri.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang jururawat telah meninggal dunia akibat COVID-19 selepas dijangkiti daripada salah seorang pesakit di hospital. Jururawat berkenaan dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti COVID-19 dari pesakit di dalam wad.

Jururawat dijangkiti COVID-19 daripada pesakit

nurse covid

Betapa besarnya pengorbanan para petugas kesihatan yang perlu menghadapi risiko yang besar sehinggakan boleh meragut nyawa mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila seorang jururawat telah meninggal dunia akibat COVID-19 selepas dijangkiti daripada salah seorang pesakit di hospital.

Jururawat berkenaan dikenali sebagai Siti Aishah binti Mohd Zamri yang dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti COVID-19 dari pesakit di dalam wad. Aishah dikatakan telah terlantar serta tidak sedarkan diri ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan.

Ibu dan anak tidak dapat diselamatkan

Namun, ajalnya sudah tiba, dia telah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi yang sedang dikandung pada pukul 10.45 pagi. Staff nurse Siti Aishah binti Mohd Zamri telah kembali ke rahmahtullah bersama-sama bayi dalam kandungannya pada pukul 10.45 pagi tadi di ICU Hospital Labuan.

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh suami Allahyarhamah di Facebook, dia sempat meminta orang ramai agar mendoakan isterinya serta anak pertama mereka yang masih berada dalam kandungan diberi kesembuhan.

Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri saya dan juga baby kami dalam kandungan. Mohon doa daripada semua untuk isteri saya dan baby kami.

Namun, pada ketika ini status berkenaan dibanjiri dengan upacan takziah daripada warganet yang mengenali dirinya itu.

Sumber: Muhammad Iqmall , Aina Hafizah Mohammad Fuzi , Mohd Nur Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×