Hebahan

Jururawat Kongsi Panduan Isi Jadual Imunisasi & Rekod Kesihatan Anak Kemasukan Tahun 1

854
SHARES

Pengetahuan penting untuk ibu bapa yang bakal mendaftar anak masuk ke Tahun 1 bagi sesi 2021 bagi mengisi jadual imunisasi anak-anak. Bukan sahaja secara di dalam borang, bermula 1 Mac 2019, ibu bapa juga boleh mengisi jadual imunisasi ini secara online. Untuk mengurangkan segara kerunsingan ibu bapa, jururawat ini kongsikan di laman Facebook mengenai cara untuk mengisi borang jadual imunisasi anak-anak supaya tidak melakukan kesalahan. Lebih mudah!

KHAS UNTUK IBUBAPA YANG BAKAL MENGISI JADUAL IMUNISASI ANAK( KEMASUKAN TAHUN 1)

Memang agak leceh nak isi maklumat kesihatan murid ni tapi jika korang faham memang senang je, janji rekod imunisasi anak lengkap.

Harini misiLin nak share maksud singkatan kat rekod kesihatan anak supaya senang korang nak isi borang pendaftaran nanti.

1.BCG (kotak purple)

2.Hepatitis B (kotak hijau)

3.DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus

4.Hib (kotak pink) = haemophilus influenza

5.IPV (kotak biru) = polio

6.MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella

JADUAL IMUNISASI SEHINGGA 15 TAHUN

Jadi untuk ruangan Difteria, petusis, tetanus, hib dan IPV adalah sama tarikhnya mengikut dos yg diberi.

Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren).

So sapa yang ada anak yang berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2019, bulan March nanti dah boleh stanby untuk isi borang pendaftaran darjah 1 untuk sessi persekolah 2020/2021 pula. Semoga harap nya, status ni boleh membantu parent2 utk mengisi jadual imunisasi anak.

Sumber : Faszlin Abd Rahman

Most Popular

To Top
×