Famili

“Jumpa Sebelah Je Selipar Di Lantai”- Bapa Cemas Tiba-Tiba Anak Hilang, Rupa-Rupanya….

67
SHARES

Ibu bapa mana tidak gelabah bila anak yang dibawa bersama ketika keluar tiba-tiba hilang dari pandangan mata. Memang ‘hilang darah’ sekejap dan boleh menyebabkan emosi terganggu! Ini adalah situasi yang sering berlaku bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang aktif, ibu bapa alih pandangan beberapa saat pun mereka dah boleh ‘menghilang’.

Baru-baru ini, seorang bapa berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Muhammad Faiq Anaqi ‘hilang’ seketika semasa membeli belah bersama isterinya. Sementara menunggu isterinya membeli barang, Mohammad Faris Zakaria bersama anak sulung mereka berusia lima tahun pergi berjalan di bahagian barangan elektronik.

SEDAR-SEDAR ANAK TAK ADA DI SISI? RUPA-RUPANYA…

Sedang menilik barangan elektrik, sedar-sedar anaknya sudah tiada di sisi. Puas dicari 360 darjah, rupanya si anak sedang ralit menonton di hadapan televisyen bertemankan sebuah patung beruang di sebelah.

“Cari anak tak jumpa, muka ni dah kejung dah. Jumpa selipar sebelah je kat lantai. Siapa pulak la rembat budak ni. Panggil-panggil tak menyahut. 360 darjah kita toleh berpusing ligat mencari.. Ehh, hurmm siniiii.. Nasib baik perasan.. Ingatkan dah lesap ke mana.

“Sedap-sedap dia je lepak tengok TV dengan teddy bear display kat bahagian elektronik. Lepastu selamba je tanya kita, “Papaaa, ada jajan tak?”

Mentang-mentang port tu deko cantik, geram nak sepah la tuuu.. Ni kalau pergi IKEA mungkin tidur terus kot selubung selimut. Lagilah kecoh gerakan mencari mangsa hilang report kat Lost & Found.

Perkongsian di dalam group Anak Sepahkan Apa Hari Ini itu membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagat si anak.

Sumber: Mohammad Faris Zakaria

Most Popular

To Top
×