Hebahan

Idea Bisnes Kitchen Monster Jadi ‘Penarik’ Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua!

33
SHARES

Usahawan Buletin FM yang baru sahaja berakhir sebentar tadi telah menemui Juara untuk pusingan kedua. Pusingan kedua Usahawan Buletin FM menyaksikan Puan Zalina Noor binti Mohd Ali, 47 dari Shah Alam dengan idea perniagaan Kitchen Monster (ready to eat & ready to bake – pastri dan kek) telah diangkat sebagai juara sekaligus membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

JUARA LALUI 4 CABARAN, BERJAYA TARIK PERHATIAN DATUK SERI JOHARI GHANI

Seramai 3 orang peserta telah terpilih untuk melalui 4 cabaran utama antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital. Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dimana setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan. Cabaran yang ketiga adalah peserta perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka dan yang terakhir adalah mereka perlu menghasilkan iklan radio mereka sendiri. Cabaran ini telah dinilai oleh juri tetap, Encik Wan Arjunawan Wan Halim, Perunding Perniagaan serta Francais & Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated dan pihak pengurusan Buletin FM.

Puan Zalina Noor binti Mohd Ali telah melalui 4 cabaran dan memperoleh peratusan markah sebanyak 79% buat cabaran pertama, 78% untuk cabaran kedua, 86.5% untuk cabaran ketiga dan untuk cabaran keempat Puan Zalina mendapat 68%. Satu cabaran tambahan iaitu pembentangan semula idea bisnes di hadapan Datuk Seri Johari Ghani, telah memperlihatkan beliau mendapat markah sebanyak 55% untuk cabaran tersebut.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat memenangi hadiah yang sangat lumayan ini, bukan sahaja wang tunai tetapi juga pengalaman. Saya lihat ini adalah satu pembakar semangat untuk saya menjadi seorang usahawan.”– Puan Zalina Noor binti Mohd Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Kami sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Puan Zalina Noor binti Mohd Ali kerana telah berjaya menjadi juara Usahawan Buletin FM bagi pusingan kedua. Beliau telah menunjukkan komitmen yang sangat bagus dan berjaya mengharungi cabaran yang telah diberikan sepanjang minggu akhir ini dijalankan.

Beliau juga telah berjaya menarik perhatian Datuk Seri Johari sewaktu cabaran tambahan dilaksanakan secara langsung dan bersemuka. Dengan kemenangan ini, kami harapkan Puan Zalina akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meneruskan idea bisnes beliau iaitu Kitchen Monster (ready to eat & ready to bake – pastri dan kek).”

Pendengar boleh saksikan semula video dan podcast Usahawan Buletin FM di www.buletinfm.audio serta platform digital Buletin FM. Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×