Hebahan

Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Pertama Terima Wang Tunai RM25K & Slot Iklan Bernilai RM175K

2
SHARES

Pada Jumaat yang lalu, Buletin FM telah mengumumkan juara bagi pusingan pertama untuk Usahawan Buletin Fm iaitu Puan Nur Sabrina Binti Anuar dari Sentul Kuala Lumpur dengan idea perniagaan Sataysfaction; gerai sate daging batang pinang dan membawa pulang sejumlah RM25,000 serta lot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

PEROLEH MARKAH KESELURUHAN SEBANYAK 315.5

Puan Nur Sabrina Anuar mendapat markah keseluruhan sebanyak 315.5 markah setelah mengharungi beberapa cabaran dan dinilai oleh juri harian yang juga merupakan juri tetap, Encik Wan Arjunawan Wan Halim, Perunding Perniagaan serta Francais & Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated.

Seramai 4 orang peserta telah terpilih untuk melalui 4 cabaran berbeza antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital. Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dimana setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan. Cabaran ketiga adalah peserta perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka dan yang terakhir adalah mereka perlu menghasilkan iklan radio mereka sendiri.

MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG TERKESAN DISEBABKAN COVID-19

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, beliau berkata Puan Sabrina telah berjaya menarik perhatian juri sepanjang menempuh pelbagai cabaran. Beliau juga menjelaskan kempen ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang ingin memulakan dan mengembang bisnes baharu selain berharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nur Sabrina Anuar kerana telah berjaya menjadi juara Usahawan Buletin FM bagi pusingan pertama. Kami di Media Prima Audio mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen sebegini adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang ingin memulakan bisnes baharu atau mengembangkan bisnes lama atau sederhana mereka melalui pembiayaan dana perniagaan. Menerusi kempen ini juga, diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.”

PUSINGAN KEDUA SEHINGGA 3 OKTOBER 2021

Masih tidak terlambat untuk orang ramai menghantar idea bisnes mereka menerusi website www.buletinfm.audio dan cari pautan Usahawan Buletin FM. Untuk pusingan kedua ini penyertaan boleh dihantar sebelum 11.59 malam, 3 Oktober 2021.

Setiap pagi, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana akan menghubungi pendengar yang telah menghantarkan idea perniagaan mereka menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional akan menilai idea-idea perniagaan yang telah dihantarkan.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×