Karnival Sehari bersama LakeFront @ Cyberjaya dengan tema “Colour of Togetherness” akan diadakan pada 12 Mac 2017 ( Ahad ) di LakeFront, Cyberjaya. Karnival ini akan bermula dari 11 pagi hingga 4 petang. Untuk maklumat, masuk adalah percuma! Tunggu apa lagi, jom serbu karnival ni!
Karnival ni bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada mereka yang ingin memilih warna apa yang sesuai untuk dicat pada rumah baru mereka. Warna yang dipilih perlulah bersesuaian dengan konsep rumah. Tapi macam mana agaknya nak tahu warna tu sesuai atau tak dengan rumah kita, Jotun Paint ada jawapannya untuk korang semua.
WARNA APA YANG SESUAI EH..
Di samping memilih warna kegemaran dan mendengar kaunseling dari penasihat professional Jotun, jangan risau yang datang bawa anak-anak tu boleh pergi ke kawasan khas untuk kanak-kanak. Jotun menyediakan “goodies bag” secara percuma dan terhad. Selain itu, sesi mewarna untuk kanak-kanak turut disediakan pada hari tersebut.
Semua pengunjung akan dilayan oleh penasihat professional Jotun yang akan memberikan kaunseling mengenai :
- Exterior colour cards ( contoh warna luar rumah )
- Wood and Metal colour cards ( contoh warna kayu dan besi )
- Majestic Design Colour album, Colour card, Fandecks display
Tapi, tak salah kalau pengunjung ada idea tersendiri yang ingin diketengahkan kepada Jotun. Penasihat Professional Jotun akan cuba untuk memberikan pros dan cons idea anda tersebut. Bagus betul lah Jotun ni.
BUKAN TU SAHAJA, BENGKEL SENI JAHITAN PUN ADA..
Memang rugi kalau siapa yang tak datang sebab bukan sahaja tips untuk memilih warna je, bengkel seni jahitan pun disediakan. Semestinya percuma untuk pengunjung yang hadir ke karnival ini.
Bengkel Seni Jahitan khas dari Sewing World akan mengajar cara untuk menjahit :
- Kantung tissue
- Keychain Burung Hantu
- Keychain Strawberi
Aktiviti-aktiviti lain yang turut ada pada karnival ni :
- Photo booth – Family portrait photography session with fun and colourful props.
- Foam clay photo frame workhop
- Batik painting
Pada yang ingin meluangkan masa dengan insan tersayang, ini adalah aktiviti yang paling sesuai dalam mengeratkan hubungan silaturrahim bersama keluarga dan rakan-rakan.
JOM RAMAI-RAMAI KE LAKEFRONT VILLA, CYBERJAYA!
Untuk pengetahuan semua, konsep reka bentuk rumah di LakeFront Villa sangat moden dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Pada mereka yang sukakan kawasan rumah yang tenang, jauh dari kesibukan bandar ini lah tempat kediaman terbaik buat anda semua.
Dengan lokasi yang mesra alam, karnival ni mesti tenang je untuk dikunjungi orang ramai. Kawasan rumah yang yang berunsurkan keindahan alam semulajadi, menjadi daya penarik untuk orang di luar sana untuk menetap di sini.
Kepada yang tak tahu lokasi LakeFront, Cyberjaya korang boleh waze je kat telefon bimbit korang tu. Mesti sampai punyalah, jangan risau. LakeFront Cyberjaya ni merupakan kawasan perumahan yang sangat unik yang dibina di tepi tasik tau. Pemandangan yang indah di samping flora dan fauna sekeliling memang tenang lah kalau ada rumah kat sini.
Jadi kepada semua pengunjung di luar sana, ini adalah pelan untuk Karnival “Colour of Togetherness” yang akan berlangsung Ahad depan. Untuk keterangan lanjut, boleh tengok info di bawah. Jumpa anda di sana!