Famili

Jom Cuba 5 Jenis Resipi Snek Sebagai Juadah Minum Petang Bersama Keluarga!

149
SHARES

“Asyik makan pisang goreng je, nak cuba juadah apa lagi untuk minum petang eh?”

Juadah minum petang merupakan antara juadah yang mudah dan ‘simple’ untuk disediakan. Biasalah selepas makan tengahari, bila nak bersantai dengan keluarga ketika waktu petang tu mestilah kena ada kudap-kudap kan? Kalau dah bosan asyik makan pisang goreng atau cekodok saja, anda boleh cuba 5 idea menu juadah petang ini untuk dihidangkan kepada keluarga!

1. Bergedel Daging

Siapa saja yang tak suka makan bergedil daging kan? Tambah pula bila dimasak panas-panas, memang sedap kalau dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. Tapi, nak hasilkan bergedil yang gebu dan mampat bukan senang. Kalau nak hasilkan bergedil daging yang sememangnya sedap boleh cuba resipi ini.

Resipi bergedil daging : http://myresipi.com/recipes/bergedel-daging

2. Lempeng pisang berangan

Bukan senang nak cari lempeng pisang di kawasan bandar ni jadi apa kata anda buat sendiri di rumah sebagai juadah minum petang. Kalau nak sedap, apa kata anda cuba buat lempeng pisang menggunakan pisang berangan. Bila anak-anak makan lempeng ni mesti akan menggamit memori berada di kampung. Kalau nak pelbagaikan menjadi moden, boleh letak aiskrim di atas lempeng.

Resipi lempeng pisang berangan : http://myresipi.com/recipes/lempeng-pisang-berangan

3. Kuih gulung berlauk

Selalu kita makan kuih ketayap berintikan kelapa sahaja kan? Untuk kelainan, apa kata anda cuba pula kuih ketayap atau kuih gulung berlauk untuk dijadikan santapan minum petang. Anda boleh pelbagaikan lauk dalam kuih gulung ini dan boleh tambahkan rasa pedas jika mahu.

Resipi kuih gulung berlauk : http://myresipi.com/recipes/kuih-gulung-berlauk

4. Jemput-jemput kentang

Mudah, enak dan boleh dimakan tidak kira masa itulah jemput-jemput! Memang kalau minum petang sahaja, yang paling kerap disediakan oleh si ibu adalah jemput-jemput. Kalau dah terbiasa makan jemput-jemput pisang tu, boleh pula cuba jemput-jemput kentang untuk ubah citarasa.

Resipi jemput-jemput kentang : http://myresipi.com/recipes/jemput-jemput-kentang

5. Cucur Jagung

Menjadi kegemaran ramai sudah semestinya cucur jagung! Kalau dimakan panas-panas sambil minum air teh, memang boleh habiskan semangkuk cucur jagung ini. Anda juga boleh pelbagaikan isi kandungan cucur jagung dengan menambah udang atau udang kering supaya tidak terlalu kosong.

Resipi cucur jagung : http://myresipi.com/recipes/cucur-jagung

Dah ada idea kan untuk masak juadah minum petang? Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×