Dapur

Jom Buat ‘Coney Dog’ Keju Meleleh Ala A&W Untuk Bekal Anak Ke Sekolah!

847
SHARES

“Nak buat bekal apa lagi dekat anak aku ni? Haa, jom buat coney dog ala-ala A&W tu lah”

Kadang-kadang memang buntu juga idea para ibu nak sediakan makanan untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Mana tidaknya hari-hari asyik ulang menu yang sama sahaja sampai anak pun dah bosan. Jadi, apa kata anda buat coney dog ala-ala A&W yang memang menjadi kegemaran ramai khususnya anak-anak! Bila buat sendiri, boleh la buat banyak-banyak kan?

Resepi gravy seperti dibawah (Ikut cara saya sendiri ya)

-Sedikit Buttercup

-Daging & Ayam cincang

-Bwg putih didadu

-Bwg Holland didadu

-Sos cili

-Sos Black paper dan Sos Honey Bbq

-Maggie Cukup Rasa

-Gula

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

Cara-carannya

1. Cairkan buttercup tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak, masukkan daging dan ayam cincang tadi, kacau bagi sebati dan biarkan sehingga air daging & ayam tu kering.

2. Kacau bagi sebati, masukkan sos cili, sos black paper, sos honey bbq dan kacau rata

3. Masukkan maggie cukup rasa & gula

4. Kacau sebati dan tutup api

5. Rasakan mengikut citarasa sendiri dn pastikn ada rasa pedas,masin dan manis.

SIAP!

Selamat mencuba dan selamar menjamu selera. Mesti anak-anak akan suka!

Sumber : Rrose Rapii

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×