Hebahan

Jerebu Dijangka Lebih Buruk, Semua Sekolah Awam & Swasta Di Selangor Ditutup 2 Hari

198
SHARES

Berikutan dengan tahap kualiti udara negara yang semakin teruk akibat jerebu, semua sekolah awam dan swasta di negeri Selangor diarahkan tutup bermula hari ini( Khamis) hingga Jumaat berikutan cuaca berjerebu yang dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Bukan sahaja di Selangor, sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang juga diarahkan untuk tutup.

Laporan Keseluruhan Penutupan Sekolah Akibat Jerebu

Menerusi Berita Harian, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, langkah penutupan ini diambil berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Mereka juga turut memaklumkan bahawa jerebu yang melanda negara semakin teruk dan dijangka akan berterusan sehingga minggu hadapan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Selangor dengan ini mengarahkan semua sekolah awam dan swasta di dalam Selangor ditutup bagi sesi persekolahan mulai 19 September (Khamis) sehingga 20 September (Jumaat).

Maklumkan kepada sekolah dan ibu bapa

Tambahnya lagi, Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memaklumkan kepada pihak sekolah dan ibu bapa berhubung arahan penutupan itu dengan segera.

Pendedahan terhadap jerebu yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terhadap kesihatan, terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung dan paru-paru serta wanita mengandung.

Berhubung dengan isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media mengenai arahan penutupan semua sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang selama dua hari bermula hari ini (Khamis) dan esok (Jumaat).

Penutupan sementara sekolah adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas.

Sumber : KPM, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×