Asuh

“Okay Ke Letak Minyak?’- Ini Panduan Penggunaan Minyak Dalam Makanan Bayi Dari Pakar Nutrisi

40
SHARES

“Perlu ke tak aku tambah minyak dalam makanan anak aku ni?”

Mungkin ramai dalam kalangan ibu yang masih keliru dengan penggunaan minyak dalam makanan bayi. Kenapa perlu diletakkan minyak, minyak jenis apakah yang sesuai untuk digunakan dalam makanan anak-anak dan sebagainya. Sinonim dalam pengetahuan kita bahawa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan khasiat buat anak-anak tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang berkemampuan?

Oleh itu, pakar nutrisi ini berkongsikan informasi lengkap mengenai penggunaan minyak dalam makanan bayi sehinggalah jenis minyak yang anda boleh gunakan selain dari minyak zaitun. Barulah tak keliru.

APA GUNA TAMBAH MINYAK DALAM MAKANAN BAYI?

Banyak kali juga saya berdepan dengan soalan. Perlu ke saya tambah minyak dalam bubur anak? Minyak apa yang sesuai?
Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan? Itu pun extra virgin..tapi kalau tak mampu macam mana? Kalau tak letak takpe ke? Cukup zat tak anak? Mommies mommies semua. Fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan

Apakah fungsi minyak?

Sebagai sumber lemak yang memberi kalori kepada yang memerlukan. 1 sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal

Siapakah yang memerlukan lemak/minyak tersebut?

SEMUA ORANG termasuk bayi memerlukan lemak tetapi yang penting adalah KUANTITI. Jika lebih lebih badan senang gemuk sebab kalori nya yang extra. Bagi baby RUJUK BUKU PINK/BIRU baby :

 1.6- 8 BULAN

1 sudu kecil sahaja atau bersamaan dengan beberapa titis dalam makanan 2-3x sehari

2.9 – 11 BULAN

1 1/2 sudu kecil sahaja. Jika ibu sudah masukkan sumber lemak dari sumber lain seperti minyak semasa menumis, margarin atau butter dalam resipi TIDAK PERLU tambah sumber lemak yang lain.
Jika tiada cukup sekara beberapa titis sahaja. Yang jadi berlebihan tumis pun ye, tambah lagi titisan minyak pun ye.

3.Atas 1 tahun

Sudah cukup melalui makanan yang disediakan tak perlu tambah lagi sumber minyak sebab sudah mencukupi dari masakan dan lauk. Jika nak bantu pertambahan berat baby yang kurang berat pula perlu pertambahan kalori. Secara ASASNYA (saya kata asas sebab banyak lagi aspect yang perlu dilihat secara mendalam) Pertambahan kalori = pertambahan berat badan. Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan.

CARA UNTUK TAMBAHKAN BERAT BAYI

SALAH SATU cara untuk tambah berat adalah melalui pertambahan lemak, tapi tak semestinya minyak. Boleh tambah dalam bentuk butter,marjarin,santan,susu, keju dan macam macam lagi. Jangan mommies ingat asik kena tambah minyak.

Walaupun membantu tapi MOMMIES PERLU INGAT. Tugas mommies adalah memastikan MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG (Tiada gula,garam,perasa tambahan dan mengandungi gabungan karbohidrat,protein dan serat dalam setiap hidangan utama)

Bagaimana pulak dengan jenis lemak yang nak diguna? Apakah minyak yang sesuai?

Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Minyak kelapa sawit, Minyak sunflower, Minyak jagung, Minyak zaiton. Dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA. Maka, JIKA PERLU TAMBAH KALORI boleh tambah dalam pelbagai bentuk lemak dalam menu bayi (kes baby kurang berat). JIKA TAK PERLU (berat bayi cantik,pertumbuhan konsisten) jangan tambah lebih dari yang diperlukan. JIKA PERLU minyak mana mana boleh, ada budget lebih boleh beli EVOO takde minyak sawit juga boleh taknak sumber lemak lain juga ada seperti butter dan santan juga boleh tapi jangan lebih lebih ye..

Apa yang penting? SIHAT SEIMBANG dan anak mommies juga enjoy makan! Harap membantu.

Sekian, Dietitian Fizah Sobri.

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×