Deko & Hias

Jenis-Jenis Langsir Rumah, Nak Pasang Yang Mana Satu Raya Nanti?

79
SHARES
jenis langsir rumah

“Jenis langsir rumah apa la nak pasang dekat rumah Raya nanti…”

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi, persediaan untuk menghias rumah juga pastinya sudah dimulakan. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung, inilah masanya untuk anda menghias rumah sendiri dengan adanya langsir baharu! Kalau pening kepala nak pasang langsir jenis yang mana, jom kita tengok beberapa pilihan di bawah.

JENIS-JENIS LANGSIR RUMAH

Mari berkenalan dengan langsir ! Bersempena hari raya yg bakal menjelang, selain baju, langsir rumah pun ramai yg ganti baharu. Aku sempat tahu beberapa jenis langsir & lipat langsir (pleat) waktu aku cari langsir pindah rumah haritu.

1. Rod pocket

langsir rod pocket

Ini gaya paling common kat Malaysia. Biasanya zaman dulu-dulu, ketuk paku kiri kanan bucu tingkap, sangkut pita dawai langsir yg elastic or tali rafia, kemudian disarungkan terus langsir. Kalau nak sangkut pd rod pun boleh. Cuma besarkan sikit poket langsir tu.

2. French Pleat

jenis langsir

Ini paling popular. Aku guna nama French Pleat sbb kat supermarket, kebanyakannya guna nama French Pleat jenis ni. Ada juga guna Deep Pleat. Aku sendiri kurg pasti mana lebih tepat. Tapi kau get ready mak kau paksa pasang besi langsir tu malam raya nanti.

3. Eyelet

Langsir kegilaan bini-bini dan mak-mak zaman kini. Mungkin sebab kekemasan dan mudah nak dikendalikan. Tebuk, cover dgn eyelet yg bulat-bulat tu dan sangkut terus. Langsir jenis ni harga mampu milik tapi batang rod langsirnya berdesing sikit harga. Ada kayu, besi etc.

4. Pinch Pleat

Jenis ni aku kurang familiar dan selalu confuse dgn French Pleat. Nampak lebih kurg tapi hook dia berbeza. Pita langsir pun lain dgn French Pleat. Aku pernah beli jenis Pinch Pleat, guna hook French Pleat tapi dia londeh ke bawah. Maybe sbb tu org guna ring kot.

5. Tab Top

Aku rasa langsir jenis Tab Top ni paling mampu milik. Kalau pergi kat kedai, harga Tab Top mesti paling cun. Tengok gaya nak pasang pun senang. Ada yg sarung terus pd rod, ada yg ada butang, velcro utk buka, pasang. Tapi mak-mak kurg minat sbb nampak rod langsir.

JENIS FABRIK LANGSIR

At the same time, tahap telus cahaya langsir pun kena tahu juga supaya kita tak tersilap beli. Langsir bukan murah. Jadi aku list out sekali jenis telus cahaya fabric langsir yg akak Aeon ajar haritu

1. Sheer curtain

Fabric jenis ni yg paling tinggi tahap telus cahaya. Bahasa mudahnya, langsir jarang. Biasanya org guna jenis ni dalam layering langsir paling terkebelakang (paling hampir dengan tingkap, pintu sbb nak allow cahaya masuk waktu siang mcm ruang tamu.

2. Dim-Out Curtain

Kalau Dim-Out pulak, cahaya still boleh melepasi langsir, tapi tak setelus sheer tadi. Kiranya 50-75% je. At the same time, dia tak jugak legap mcm Blackout Curtain. Kiranya tengah-tengah. Ada yg guna untuk bilik tidur, pintu bilik etc.

3. Blackout Curtain

Based on nama pun kita dah tahu. Memang pitam, legap terus. Takde cahaya masuk dalam ruangan bila kita guna fabric jenis ni. Harga lebih mahal due to material fabric. Hotel guna langsir jenis ni. Bilik tidur sesuai guna sebab tujuan tidur lebih lena & privasi.

4.Blind

Ada juga yg suka guna Blind. Mungkin sebab simple dan nampak moden. At the same time tak perlu kerap tukar-tukar macam langsir. Kalau kotor, berhabuk, lap je. Ada jenis Zebra, Vertical, Roman, Pleat dan macam-macam lagi bawah kategori Blind Curtain.

*Yang mana satu nak pasang untuk Raya tu?

Sumber: Twitter @naufalantezem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×