Hebahan

KKM Setuju Benarkan Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Pakai Penghadang Muka Sahaja Ke Sekolah

2
SHARES

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kerajaan hari ini membenarkan penggunaan penghadang muka atau face shield sahaja ke sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah,  kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bahawa penggunaan penghadang muka ini adalah bertujuan untuk menggantikan penggunaan face mask ketika berada di dalam kawasan sekolah.

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN BOLEH PAKAI PENGHADANG MUKA

Kerajaan telah bersetuju membenarkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah memakai Face Shield atau Pelindung Muka bagi menggantikan Face Mask yang mahal untuk dibeli dan dipakai buang. Ini bagi memudahkan keluarga yang tidak mampu kerana ianya sekitar RM3 dan boleh dipakai lama berbulan-bulan hanya perlu dicuci.

Berita ini juga mendapat respon ramai orang dimana rata-rata menyokong dan berterima kasih dengan pengumuman kerajaan. Hal ini kerana, ada dalam kalangan keluarga yang tidak dapat menampung atau kurang berkemampuan untuk membekalkan face mask setiap hari untuk anak-anak yang bersekolah. Oleh itu, penggunaan face shield atau penghadang muka ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos pembelanjaan kerana boleh dicuci.

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×