Famili

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat JPJ

105
SHARES

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi (baby car seat) dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020.

Menerusi Facebook Wana Abas, wanita ini berkongsi info yang diperolehinya semasa menghadiri taklimat mengenai garis panduan kerusi keselamatan bayi. Menurutnya, bermula 1 Januari nanti, semua ‘child carseat’ yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia. Penting untuk ibu bapa yang degil dan masih tidak bersetuju dengan penguatkuasaan terbaru ini untuk lebih ‘alert’.

HADIR SESI TAKLIMAT KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK

Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita. Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak/ child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child carseat.

Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.

Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut

1. Jpj akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.

2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.

3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.

4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman.

AKTA CARSEAT SAMA DENGAN HELMET, 3 KESALAHAN UTAMA

5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu

a. tidak memakai helmet,

b. pakai helmet tapi tidak ikat

c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.

Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.

6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.

7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.

Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia. Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.

Ini antara soalan biasa didengar.

KENAPA KENA PAKAI CARSEAT? ANAK RAMAI MACAM MANA?

Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.

Bagaimana dengan mereka anak ramai? Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.

Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga? Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.

Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit? Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.

Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba. Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.

Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun. Pertama saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil. Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.

Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?

Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa. Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat. Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.

Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.

Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.

Sumber : Wana Abas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×