Hebahan

‘Jemput Imarahkan Semula Masjid’ – Dr. Zulkifli Luah Rasa Kecewa Jemaah Di Masjid Kurang

64
SHARES

Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempat ibadah seperti masjid dan surau telah tutup sepenuhnya dan tidak akan menerima kehadiran seorang pun jemaah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Perkara itu telah membuatkan ramai umat Islam gelisah dan bersedih dengan kejadian itu.

Walaubagaimanapun dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), umat Islam dapat menarik nafas lega apabila masjid dan surau sudah dibenarkan buka tetapi dengan penjagaan rapi dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Tetapi, dengan pembukaan kembali masjid dan surau ini, salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri menzahirkan rasa kecewa dengan kehadiran para jemaah.

Kehadiran jemaah tidak memberangsangkan

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilihat berkongsi kesyukurannya dan sedikit maklumat mengenai para jemaah masjid di laman Twitter miliknya. Beliau juga menyeru agar umat islam hadir ke masjid untuk menghidupkan kembali solat fardhu berjemaah dan pelbagai aktiviti ibadah di situ.

Kedah Benar Solat 60 Jemaah

Selain itu, negeri Kedah pula mengumumkan bahawa telah membenarkan para jemaah seramai 60 orang untuk solat Jumaat dah 40 orang untuk solat fardhu mulai Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, bertujuan mengimarahkan masjid ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sumber : Dr. Zulkifli Muhammad al-Bakri , Berita Harian

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×