Hebahan

‘Jatuh Muflis Di Usia Muda’- Isu Masalah Kewangan Jadi Fokus Webinar Kool Seterusnya

7
SHARES

Bila tengah memandu, pastinya radio menjadi teman sepanjang perjalanan bukan? Kadang-kadang terdapat satu segmen perbincangan yang ada di radio, menarik perhatian pendengar terutama sekali apabila ada topik yang hangat. Selaras dengan sambutan yang menggalakkan daripada pendengar Kool FM terhadap Webinar Kool edisi 2020, Kool FM mengambil kesempatan ini untuk meneruskan Webinar Kool bagi edisi 2021 dengan kaedah penstriman langsung.

WEBINAR KOOL DITERUSKAN KALI KETIGA DENGAN TOPIK LAGI MENARIK

Penganjuran Webinar Kool diteruskan lagi selepas tiga kali penganjuran sejak Februari dilihat berjaya menarik perhatian pendengar setia Kool FM dan orang ramai. Masih menggunakan kaedah penstriman langsung menerusi Facebook LIVE Kool FM, penerimaan orang ramai disambut baik dengan penyertaan mereka.

Kali ini fokus perbincangan Webinar Kool akan menumpukan kepada permasalahan kewangan dan perihal kekeluargaan. Isu bankrap, muflis di usia muda akan dibincangkan pada sesi Webinar Kool pada 25 March 2021 yang akan dikemudi oleh Kool FM Muaz. Antara panel-panel yang akan menyertai perbincangan bersama Muaz nanti antaranya Dato Seri Dr Hajah Vida, Encik Mohd Fhauzi Muridan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Islam UOB Malaysia dan ramai lagi.

Meneruskan sesi Webinar Kool seterusnya, Kool FM Haiza akan membawakan kepada anda yang menonton topik perbincangan berkenaan anak angkat, hukum mengambil anak angkat lain jantina. Sesi Webinar ini akan dilangsungkan pada 15 April 2021. Antara tetamu jemputan yang akan turut sama dalam perbincangan itu ialah Datin Seri Umie Aida, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan ramai lagi.

PENONTON BERTUAH AKAN MENANG WANG TUNAI

Penyertaan Webinar Kool kali ini masih menggunakan mekanisma yang sama iaitu pendengar perlu mengikuti, memberikan tanda suka pada Facebook Kool FM dan ianya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Penonton yang bertuah juga bakal memenangi wang tunai sepanjang Webinar Kool ini berlangsung.

Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk menyertai Webinar Kool pada 25 Mac 2021 dan 15 April 2021, Khamis bermula jam 12.30 tengah hari kerana pelbagai intipati dan manfaat yang akan perolehi walaupun di mana sahaja anda berada dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba mereka.

Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar) dan FM104.3 (Kuching). Dengarkan juga di MyTV menerusi saluran 722, aplikasi JOOX atau secara streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV. Terlepas dengarkan Kool FM boleh strim semula di Catch Up Kool FM.

Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi: Facebook : Kool FM | Instagram : @koolfmmy | Twitter : @koolfmmy | YouTube : Kool TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×