Sihat

Gara-Gara Asap Rokok, Paru-Paru Bayi Umur 2 Bulan Kena Jangkitan Kuman, Hati & Limpa Bengkak

2K
SHARES

” Ish, apalah orang ni hisap rokok tak fikir ke ada baby dekat sini? “

Pernah tak anda mengalami situasi seperti dia atas? Berdepan dengan situasi perokok yang tidak bertimbang rasa dan merokok berhampiran dengan kawasan yang ada bayi atau kanak-kanak memang kurang menyenangkan. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada anak wanita ini dimana anaknya terkena jangkitan paru-paru sehingga menganggu semua organ dalaman. Semuanya adalah gara-gara asap rokok!

ANAK KENA JANGKITAN PARU-PARU KERANA ROKOK

Hari ke 4 di sini..

Jangkitan kuman pada paru-paru Delisya sangat teruk sehinggakn kacau smua organ dalaman dia. Bengkak hati dan limpa, pergi ke usus. Saya tanya doctor, apa punca sebenar anak saya jadi macam ni? Sebab dengan mengejut sangat walhal anak saya sihat walafiat. Kejadian pertama delisya muntah darah sebanyak 2 kali dan terus datang emergency hospital. Doc terus ambik kes dia sebab emergency sangat. Baby baru berusia 2 bln 15 hari muntah berdarah. Terus xray, scan, ultrasound dan macam-macam treatment.

Doc sahkan baby saya kena jangkitan kuman pada paru-paru yang sangat teruk. Dipendekkan cerita, baby ni kena macam ni punca utama adalah ASAP ROKOK dan persekitaran orang ramai dimana udara kotor. Paling sedih sebab my husband tak merokok dan rumah saya sentiasa bersih.. doc kata ni kejadian 2-3 minggu yang lepas sebab tu paru-paru dah teruk.

HORMATILAH ORANG SEKELILING WAHAI PEROKOK

Saya menyeru dan merayu pada perokok, hormatilah org sekeliling anda yang tidak merokok sebab yang kena tempiasnya adalah orang lain. Yang menangung penderitaannya orang lain.. selama 3 hari baby saya agak lemah. Saya mengadu pada Allah, menangis dengan Allah, bagi kekuatan untuk baby saya lawan kuman JAHAT tu.. sebab organ dalaman dia dah diserang dengan kuman. Hati dan limpa jadi bengkak, pergi ke usus kacau jadi berak-berak smpai 20 kali sehari.

Baru harini saya ada kekuatan untuk bercerita pada smua tentang keadaan anak saya, ramai kawan-kawan call dan watsap semua saya tak berjawab sebab tak ada kekuatan untuk itu. Esok sepatutnya hari besar saya untuk konvo tamat belajar, tapi apakan daya perancangan Allah lagi terbaik. Allah uji dengan sedikit ujian untuk dekatkan lagi diri padanya..Memang benar, bila kita ditimpa sedikit ujian, barulah kita merayu-rayu pada Allah..Jadi sakit ni sebagai asbab untuk ibu delisya lagi dekatkn diri dengan Penciptanya.. mohon doakan delisya sembuh seperti sediakala.

Sumber : Norzy Green 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×