Sejak semalam, kisah cemas seorang pengantin wanita yang mengalami jangkitan mata menjadi tular selepas perkongsian oleh Bride Assistant bernama Alyn di TikTok.
Awalnya, pengantin tetap bersanding seperti biasa walaupun terpaksa menutup matanya sepanjang masa, namun keadaan semakin memburuk apabila tiba di meja makan beradab.
TULAR PENGANTIN KENA JANGKITAN MATA
Dalam video yang dikongsi, kedengaran suara seorang lelaki berkata, “Standby keretalah, dah tak boleh… Jom kita pergi dekat kereta…”
Mereka segera membawa pengantin ke hospital sambil membantu wanita itu mencabut aksesori di kepala sebelum menaiki kenderaan. Pengantin lelaki terpaksa meneruskan majlis seorang diri, meninggalkan detik bahagia mereka yang penuh kejutan.
Di ruangan komen TikTok, ramai warga maya beranggapan disebabkan oleh kualiti kanta lekap dan memberikan nasihat. Ramai menyarankan agar ibu bapa dan bakal pengantin memilih kanta mata berkualiti daripada optik rasmi, bukannya jenama murah yang boleh membahayakan mata.
Misha menekankan kepentingan memilih lens kanta harian bagi majlis bersanding, manakala Syu berkongsi pengalamannya menggunakan lens mahal sejak 2012 dan menasihati orang ramai menjaga kesihatan mata mereka.

Sementara itu, melalui perkongsian di Threads yang dipercayai daripada pihak saudara-mara mempelai, memaklumkan masalah keradangan mata itu sudah bermula sejak malam berinai.
Antara faktor yang didakwa menyumbang kepada jangkitan mata adalah solekan, namun punca sebenar masih belum disahkan.
Individu tersebut menceritakan bagaimana pengantin wanita itu terpaksa menutup mata dan dipimpin sepanjang majlis. Ketika makan beradab, keadaan menjadi serius sehingga mereka terpaksa bergegas ke hospital.
Difahamkan juga, pengantin wanita kini sedang menerima rawatan lanjut dan masih tidak boleh membuka mata selama 24 jam.
Malah, pengantin lelaki turut memohon maaf kepada tetamu kerana insiden tidak dijangka itu menyebabkan mereka tidak sempat bergambar bersama.
Sama ada jangkitan mata itu berpunca daripada kanta mata, mekap atau faktor lain masih belum dapat dipastikan, dan penulis akan mengemaskini maklumat terbaru sebaik sahaja diperoleh.
@alynbridalcare Unexpected situation today. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik & permudahkan semua urusan awak 😢 #brideassistant #brideassistantmalaysia #brideassistantkl #fyp #brideassistantselangor ♬ original sound – BA Alyn
Sumber: TikTok @com/@alynbridalcare / Threads @abang_crime
FT Image: TikTok @com/@alynbridalcare / Threads @abang_crime

