Didik

Jangan Risau Bila Anak Mula Melangkah Ke Alam Remaja, Ini 21 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat

36
SHARES

Bila anak bakal melangkah ke zaman remaja ni agak risau juga. Bukannya apa, kalau tengok situasi sekarang ni, macam-macam yang berlaku dan berbahaya. Sewaktu umur remaja inilah diri kita akan mudah terpengaruh dan lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Tetapi, ibubapa jangan terlalu risau kerana ada kelebihannya apabila anak menginjak ke alam remaja ini. Ada 21 jelebihan yang anda bakal alami sebgaia ibubapa, mesti seronok punya!

giphy.com

MELANGKAH DARI ZAMAN KANAK-KANAK KE REMAJA. Risaukah anda?

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melahirkan kebimbangan kepada saya kerana memikirkan anak yang akan menginjak ke usia remaja. Kisah-kisah yang tidak enak yang sering dipaparkan tentang remaja membuatkan ibubapa kepada anak yang akan melangkah keluar dari zaman kanak-kanak berasa gusar.

http://www.huffingtonpost.com/

Nasihat saya, melangkahlah ke usia remaja anak anda dengan minda yang positif. Apa yang anda dengar dan lihat tidak mewakili semua remaja dan tidak semestinya anak anda sebegitu.

KELEBIHAN MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG SUDAH REMAJA

Percayalah mempunyai anak-anak remaja sangat menyeronokkan kerana:

1. Anda mempunyai rakan karib yang bukan saja tidak perlu anda cari, malah yang telah anda bentuk sendiri selama ini.

2. Anda mempunyai ‘bodyguard’ yang sanggup menemani anda ke mana-mana saja malah sanggup melindungi anda dari sebarang bahaya.

www.shutterstock.com

3. Anda mempunyai teman bercerita yang boleh berbual-bual tentang hal sosial, ekonomi, politik, agama, sains, gosip, sukan, hiburan, fesyen dan apa saja.

4. Anda mempunyai penghibur yang boleh membuatkan anda ketawa di kala kesedihan.

5. Anda mempunyai teman yang boleh menjadi bahan senda gurauan anda dan anda juga menjadi bahan senda gurauannya.

6. Anda mempunyai pembantu yang boleh membantu anda di dapur dan boleh juga memasak, membakar, dan mengemas di dapur.

www.shutterstock.com

7. Anda mempunyai pembantu yang boleh meringankan kerja-kerja di rumah yang tidak pernah habis.

8. Anda mempunyai pengasuh yang boleh tolong mengasuh adik-adik yang lebih kecil.

9. Anda mempunyai ‘fitness partner’ yang saling memberi semangat kepada satu sama lain.

10. Anda mempunyai teman bercuti yang akan memeriahkan lagi suasana dan menghilangkan segala letih dan lesu – dan boleh tolong mengangkat beg yang berat.

http://www.travelmedia.ie/

11. Anda mempunyai teman mengopi atau mengeteh pada bila-bila masa saja.

12. Anda mempunyai pendengar setia jenaka-jenaka anda yang tidak kelakar sangat tetapi sentiasa disambut dengan gelak-tawa (kadang-kadang membuat anda tertanya-tanya samada yang digelakkan adalah jenaka anda atau diri anda sendiri).

13. Anda mempunyai pemandu peribadi yang sentiasa sanggup memandu anda ke mana sahaja terutamanya bagi yang baru mendapat lesen memandu.

14. Anda mempunyai teman ke masjid yang walaupun kadang-kadang agak liat, tetapi ada masanya mengingatkan anda bila anda terlupa.

http://www.apollohotelnewcastle.com.au/

15. Anda mempunyai rakan ‘shopping’ yang sentiasa seronok membelanjakan duit anda.

16. Anda mempunyai rakan bercerita tentang filem-filem terbaru, drama-drama kegemaran anda dan juga novel-novel pilihan anda (walaupun kadang-kadang dengan tidak sepenuh hati)

17. Anda mempunyai juru pam peribadi setiap kali mengisi minyak di stesen minyak (tentunya menggunakan kad kredit anda).

18. Anda mempunyai perunding imej peribadi yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa di kalangan anak muda (dan sentiasa tidak segan silu untuk mengkritik dan memberi khidmat jururunding tanpa diminta).

http://footage.framepool.com/

19. Anda mempunyai teman yang sentiasa meluahkan segala cabaran dan masalah serta kegembiraan dan keseronokan kepada anda.

20. Anda mempunyai teman yang akan membuatkan anda berasa sangat kosong dan sunyi tanpa mereka di sisi.

21. Anda mempunyai penasihat yang menegur dan memperbetulkan anda jika tersilap. (Kredit: Puan Wan Erni Suria)

Bahagia kan?

Mantapkan komunikasi dengan anak dari awal.
Wujudkan rasa hormat-menghormati dari awal.
Bina kerjasama dari awal.

http://www.womansday.com/

Membesarkan anak-anak remaja pada zaman sekarang memang mencabar. Perjalanan tidak sentiasa indah dan lancar tetapi dengan ‘mindset’ yang positif, ilmu pengetahuan dan do’a yang tidak putus, pengalaman membesarkan mereka akan menjadi lebih mengujakan. Insya Allah.

Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK di laman Facebooknya.

Sumber: Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×