40 Minggu

Jangan Lupa Patuhi Jadual Imunisasi & Temujanji Ibu Hamil Seperti Biasa – KKM

88.4K
SHARES

Walaupun negara sedang dilanda wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jaminan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Ibu Hamil dan Anak berjalan seperti biasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media semalam (26 Mac 2020) bahawa anggota kesihatan juga akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah kepada ibu lepas bersalin bagi memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat.

“Bagi ibu hamil dan ibubapa yang berada di luar kawasan, bolehlah mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta yang berdekatan.

“Justeru, ibu hamil diminta untuk menjalani pemeriksaan mengikut tarikh temu janji yang diberikan.

“Perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak juga diteruskan seperti biasa,” kata beliau menurut laporan Astro Awani.

Mengingatkan Tentang Kepentingan Memenuhi Jadual Imunisasi Kanak-kanak

Beliau juga meminta ibu bapa agar mematuhi jadual imunisasi dan tarikh temu janji yang telah ditetapkan.

“KKM ingin mengingatkan tentang kepentingan mematuhi jadual imunisasi kanak-kanak bagi mencegah terjadinya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin (vaccine preventable diseases).

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi klinik kesihatan yang berdekatan,” tambah beliau dalam ucapannya.

Jangan Lupa Check Tarikh Temujanji!

Jadi, ibu ayah jangan lupa check buku kesihatan dan semak tarikh temujanji kesihatan anak-anak ya. Begitu juga bagi ibu hamil. Semoga sihat-sihat semuanya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×