Asuh

Jangan Goncang Bayi Ketika Dukung, Risiko Anak Boleh Buta Akibat Shaken Baby Syndrome!

33
SHARES

Sudah menjadi normal dalam kalangan kita apabila mendukung bayi, anda bertindak untuk menggoncang dan menghayun bayi seolah-olah tengah bermain bersama. Seronok memang seronok tetapi sebenarnya tindakan begini boleh membahayakan bayi!

Oleh itu, seorang doktor di laman Twitter tampil berkongsikan mengenai Shaken Baby Syndrome yang masih ramai dalam kalangan kita tidak tahu. Comel dan geram itu sudah semestinya tetapi pastikan keselamatan si bayi terjaga ya!

APA ITU SHAKEN BABY SYNDROME

Sindrom bayi yang digoncang atau juga dikenali sebagai trauma kepala yang kasar berlaku adalah disebabkan oleh kecederaan otak yang serius akibat gegaran. Jadi, amat penting untuk mengetahui bahawa dalam keadaan mendukung bayi, adalah disarankan untuk elak dari menggoncang bayi dalam keadaan yang kuat.

TANDA GEJALA SHAKEN BABY SYNDROME

Menurut pakar, antara gejala yang anda boleh perhatikan jika si manja mengalami shaken baby syndrome adalah:

-Kurang makan

-Kurang menyusu

-Muntah

-Sawan

Penting juga untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk selalu mengawasi keadaan anak. Manakan tidak, sebelum ini kita sering dikejutkan dengan kes yang melibatkan pusat penjagaan anak-anak dan mengakibatkan kematian mengejut.

Tidak semua bayi yang mengalami Baby Shaken Syndrome ini maut tetapi bagi yang terselamat pula seringkali mempunyai masalah pembelajaran, cerebral palsy atau buta/separa buta.

*Jadi, setiap kali dukung bayi jangan pula terlampau menggoncang atau menghayun dengan terlampau kuat ye.

Sumber: Amirul Azhar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×