DIY & Kraf

Jangan Dibuang Silica Gel Dalam Kotak Kasut, Rupanya Ini 8 Manfaatnya Yang Anda Tak Tahu

56
SHARES

Haaa, setiap kali bila beli kasut atau botol ubatan jenis kapsul mesti dalamnya disertakan sekali paket kecil bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau. Rupa-rupanya silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide. Yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia dapat mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak.

Walaupun paket silica gel tu tertulis ‘throw away’ tapi sebenarnya ia masih bermanfaat dan boleh digunakan untuk tujuan lain.

ANTARA FUNGSI LAIN SILICA GEL

1. MENJAGA BARANG PERHIASAN AGAR TETAP BERKILAU

Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau. Letakkan silica gel ini didalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan jadi pudar dan tidak bersinar.

2. HILANGKAN BAU BUSUK PADA BEG SUKAN ATAU BEG GYM

Bagi yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan. Dan juga dapat melindungi kasut sukan. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin yang diletak dalam beg tu.

3. BOLEH SELAMATKAN GAMBAR-GAMBAR LAMA

Walaupun zaman sekarang ni ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk, dropbox, cloud dan sebagainya. Kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada. Jika tidak dijaga elok. Gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak. Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel. Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.

4. MENGERINGKAN HANDPHONE

Saat cemas, bila handphone terkena air. Memang panik dibuatnya. Hilang segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu. Lebih risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut. Masukkan silica gel dan handphone ke dalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.

5. BAJU JARANG DIGUNAKAN TAHAN LAMA

Salah satu cara untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silica gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru jika diletakkan silica gel ini.

6. ALAT PENCUKUR TAK BERKARAT

Keadaan bilik mandi yang lembab dan basah menyebabkan alat pencukur mudah berkarat jika disimpan. Untuk pastikan alat pencukur ini tahan lama dan tidak berkarat caranya mudah. Hanya perlu letakkan alat pencukur ini dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.

7. MENJAGA DOKUMEN PENTING

Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica diantara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering. Meskipun disimpan dalam waktu yang lama.

8. SEGARKAN SUASANA BILIK

Jika bilik mula ‘berbau’ tidak menyenangkan. Boleh cuba silica gel untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada paket kedalam bekas dan titiskan pati minyak essential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.

Selamat Mencuba!

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi selepas ini, janganlah buang silica gel ini ye. Manfaatkan untuk perkara-perkara tersebut.

Sumber: Danish Rayyan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×